Friday 2 November 2012

'GADAI NYAWA' DALAM FERI MENUMBOK-LABUAN?




  
Saudara Pengarang,

PENDUDUK yang tinggal jauh terpaksa memandu dan mengejar masa ke Menumbok untuk menaiki feri kerana feri Kimanis mengamalkan sistem 'walk-in' dan hanya boleh membeli tiket di kaunter.

Manakala Feri Wawasan Perdana hanya menggunakan feri kecil selepas kejadian yang menimpa feri besar untuk mengangkat penumpang. Bayangkan pemandu-pemandu yang terpaksa memandu laju dan berebut-rebut untuk sampai cepat semata-mata ingin mendapat tempat di dalam feri.

Biarpun bertolak awal, tetapi perkara yang tidak dapat dielakkan seperti hujan, pemandu yang lambat, bas dan lori yang lambat boleh melambatkan perjalanan untuk sampai ke destinasi. Sekiranya lambat sampai, pemandu terpaksa menunggu feri yang seterusnya selama beberapa jam lebih-lebih lagi pada musim perayaan.
Oleh kerana ingin menjimat ruang dan mengaut keuntungan, cara penyusunan kereta di dalam feri wawasan adalah tidak teratur dan padat sehingga penumpang dalam kereta tidak dapat keluar dari kereta dan berjalan di antara kereta.

Pintu masuk tandas dihalang oleh kereta dan menyukarkan penumpang yang tua, wanita yang sarat mengandung dan kanak-kanak untuk ke tandas dan memaksa mereka untuk menaiki tangga hanya kerana ingin menggunakan tandas yang berada di tingkat atas.

Persoalannya adalah, kenapa tiada pihak yang berkuasa yang melakukan pemantauan keselamatan ke atas setiap feri yang ada? Kenapa pihak kerajaan tidak mahu membuat jambatan dari Menumbok ke Labuan untuk memudahkan rakyat sedangkan Labuan dan Sabah adalah antara penyumbang ekonomi di Malaysia?

Di manakah semua keuntungan dari hasil rakyat Sabah dan Labuan? Sedih dan tidak adil kerana rakyat Sabah dan Labuan yang berkerja keras tetapi orang lain yang merasa keuntungannya. Inikah yang dikatakan “Rakyat Diutamakan”?

Salam Hormat,

MATA RAKYAT.

2 comments:

  1. feri Kimanis 1 sekarang mengamalkan sistem 'booking'. siapa yg ingin booking tempat dlm feri utk kenderaan boleh menghubungi kaunter Kimanis 1 cawangan Menumbok. berkuatkuasa selepas hari raya aidilfitri yg lalu.

    ReplyDelete
  2. I am a private loan lender which have all take to be a genuine lender i give out the best loan to my client at a very convenient rate.The interest rate of this loan is 3%.i give out loan to public and private individuals.the maximum amount i give out in this loan is $1,000,000.00 USD why the minimum amount i give out is 5000.for more information

    Your Full Details:
    Full Name :………
    Country :………….
    state:………….
    Sex :………….
    Address............
    Tel :………….
    Occupation :……..
    Amount Required :…………
    Purpose of the Loan :……..
    Loan Duration :…………
    Phone Number :………
    Mobile Number: +919910768937
    Contact Email osmanloanserves@gmail.com

    ReplyDelete