Thursday 1 November 2012

HANYA PELAJARAN BOLEH MENGUBAH NASIB





TAHNIAH….Au sedang menyampaikan Sijil kepada salah seorang  murid TABIKA

Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : DAVID ONG

PARA Ibubapa disaran agar sentiasa menggalakkan anak-anak mereka rajin belajar sehingga   yang lebih tinggi kerana bila mereka dewasa nanti  akan  menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama  dan negara.

Bak kata pepatah, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka sama-samalah kita mendidik dan mengasah bakat anak-anak sejak di bangku prasekolah lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Au Kam Wah berkata demikian ketika berucap myempurnakan  Majlis Penyampaian Sijil Kanak-Kanak Gabungan TABIKA KEMAS P.186 DUN Elopura dan DUN Tanjung Papat Tahun 2012 kelmarin.

Au berkata, kanak-kanak yang mempunyai didikan sempurna dan sambil disuntik  semangat mereka untuk membina nilai-nilai murni dan jati diri, maka anak-anak tadi  akan mempunyai akhlak yang baik bersopan santun dan berbudi bahasa agar tidak mudah terjerumus dengan pelbagai aktiviti songsang.

"Dalam dunia yang serba serbi moden ini, pelajaran adalah amat penting, kerana melalui pendidikan saja ia boleh mengubah nasib seseorang itu untuk mencapai dan kejayaan dalam  mengharungi kehidupan seharian,” kata Au lagi.

Kata Au, untuk menaik taraf aspek pembelajaran akademik selaras dengan perkembangan dunia ICT/IT, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina prasarana pendidikan.

“Ini  jelas terbukti, Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah selia Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilalyah Malaysia telah pro aktif ke arah memainkan peranannya  menubuhkan kelas-kelas TABIKA di seluruh pelusuk tanah air dengan niat dan satu azam mempastikan anak-anak masyarakat setempat mendapat pendidikan asas yang sempurna,” jelas Au.

Majlis upacara penyampaian sijil tersebut yang diadakan di Dewan Masyarakat  Sandakan telah dihadiri lebih 400 orang ibubapa termasuk murid-murid TABIKA seluruh Sandakan dengan sajian pelbagai persembahan  menarik seperti tarian tradisional yang disampaikan oleh murid-murid TABIKA tersebut.

No comments:

Post a Comment