Sunday 4 November 2012

JANGAN GUNA LETUPAN TANGKAP IKAN





BANTU... Nasir (kanan) diringi Jalani Mahmud (dua kiri) dan Hj.Tusof Jalal (tiga kanan) turut membantu mengecap dinding masjid sempena program Jiwa Murni TAWAUfm.

Oleh : ARSHAD HUSSIN
                       
SEMPORNA: Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran, mengingatkan kaum nelayan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang dengan tidak menggunakan bahan letupan menangkap ikan demi keselamatan serta menjaga kecantikan batu-batu karang di dasar laut perairan kepulauan Negara.

Katanya, penggunaan bahan letupan dan bahan beracun boleh merosakkan semua hidupan di dasar laut termasuk memusnahkan batu-batu karang dan habitat dasar laut.

Nasir menjelaskan, dasar laut perairan di daerah itu yang sudah dikenali seantero dunia sebagai syurga dasar laut bagi para penyelam hendaklah di pelihara dan dipulihara sebagai daya tarikan pelancong.

Beliau berkata demikian sempena Program Jiwa Murni TAWAUfm Bersama Anggota Keselamatan Negara di pulau Mabul.

Hadirsama sempena majlis itu, Komander Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB 2), Laksemana Pertama Dato Pahlawan Sulaiman Mohammad; Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4,ACP Abd Manap Othman; Timbalan Pengarah Program Radio RTM, Hajah Siti Mohani Saad; Pengarah Jabatan Penyiaran Kawasan Sabah, Ahmad Jalani Mahmud; Pegawai Tadbir Batalion 2 Rejimen 516 Askar Wataniah, Leftenan Muda Mohd Faizan Zulkifli; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir;Ketua Daerah DUN Senallang, OKK Haji Musa Sabaani dan Pengerusi JKKK/KK Pulau Mabul, Haji Yussof Jalal.

Nasir berkata, selain itu penduduk juga disaran terus menghargai jasa dan bakti anggota keselamatan yang telah berusaha mengorbankan jiwa dan raga memastikan keselamatan perairan Negara dalam keadaan selamat.

Katanya, dengan keadaan keselamatan itu telah memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur dan juga pelancong-pelancong asing melawat negeri dan khusunya daerah ini.

Selain itu katanya,kaum nelayan juga merasa selesa dan selamat mencari nafkah di tengah laut tanpa merasa risau dengan gangguan ancaman lanun.

Beliau juga menyarankan penduduk pulau itu terus mengukuhkan semangat perpaduan kaum serta mengamalkan adapt dan budaya masing-masing di samping mengutamakan perintah agama. 




CENDERAHATI... Nasir (tiga kanan) diperhatikan Dato Pahlawan Sulaiman (tiga kiri); ACP Abd Manap (dua kanan) dan Jalani Mahmud (kanan) menerima cenderahati disampaikan Hajah Siti Mohani Saad (kiri) sempena program Jiwa Murni TAWAUfm Bersama Anggota Keselamatan Negara di Pulau Mabul,Semporna.

Katanya, pulau itu kini yang menempatkan beberapa buah pusat peranginan dan banyak menerima pelancong luar Negara dan penduduk hendaklah menunjukkan sikap mesra, mengamalkan budibahasa yang baik apabila berkomunikasi dengan pelancong asing.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senallang,menegaskan kerajaan sentiasa meneruskan misi Tradisi Membela Rakyat dengan konsep 1Malaysia dan Janji Ditepai serta sentiasa turun padang mendengar nadi dan keluhan rakyat di akar umbi.

Katanya,meskipun masih ada kekurangan dari segi pembangunan di beberapa kawasan kampung luar bandar namun kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap semua rakyat melakukan penambahbaikan kemajuan pembangunan yang dihadapi rakyat.

Nasir yang juga Menteri Bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di negeri Sabah,menasihatkan golongan ibubapa sentiasa memberikan didikan agama dan akademik kepada anak-anak mereka serta bekerjasama dengan Persatuan Ibubapa & Guru (PIBg).

Katanya, tiada harta yang paling berharga selain ilmu pendidikan dunia dan akhirat sebagai bekalan hidup kepada anak-anak serta generasi yang bakal menerajui kepimpinan Negara masa depan.

Sempena majlis itu juga Dato Sri Nasir menyampaikan bantuan Tangki Air 1Malaysia kepada penduduk yang layak dan menunaikan solat jumaat bersama masyarakat Islam pulau Mabul.

No comments:

Post a Comment