Sunday 25 November 2012

JEMPUT PEMANTAU MALUKAN MALAYSIA





Oleh : IDA LIM

KUALA LUMPUR : Pihak yang mendakwa pilihan raya di dalam negara tidak adil digesa supaya tidak memalukan Malaysia dengan menjemput wakil negara luar 'campur tangan' dalam proses pengundian negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, semalam.

Beliau sebaliknya menyarankan mereka supaya membuktikan tuduhan mereka supaya perkara tersebut dapat diperbetulkan.

“Jika terdapat individu berusia 12 tahun dalam daftar pengundi, berikan bukti dan kami akan betulkannya,” kata Najib semasa berucap dalam perhimpunan 1 Malaysia Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). “Jangan panggil negara luar campur tangan. Jangan malukan negara kita.”

Najib yang juga pengerusi BN turut membuat perbandingan proses pilihan raya Malaysia dengan Amerika Syarikat apabila mengatakan negara kuasa dunia tersebut juga hadapi masalah dalam proses pengundian mereka seperti mengeluarkan keputusan pilihan raya lambat dan nama pengundi hilang di stesen pengundian.

“Tapi mereka tidak kata terdapat penipuan yang besar, tidak sah bahawa Presiden Obama menang. Mereka menerimanya,” kata Najib lagi merujuk kepada Amerika.

Beliau turut berkata Malaysia tidak memerlukan 'Kebangkitan Arab' dan menegaskan pertukaran sesebuah kerajaan haruslah menerusi pilihan raya. Beliau menambah dengan mendakwa pemberontakan popular tersebut yang menukar beberapa kerajaan di Timur Tengah seperti Mesir dan Libya berpunca daripada kerana 'penindasan', penggangguran yang tinggi sekitar 40 ke 50 peratus dan rakyat 'tidak mempunyai harapan'.

Tetapi di Malaysia, Najib berkata rakyat Malaysia mempunyai 'harapan' untuk masa depan.

“Kena mahu perbaikinya kalau tidak rosak?” soal Najib yang turut mengatakan ramai negara luar 'iri hati' dengan Malaysia.

Sebelum menyentuh mengenai pemberontakan di Timur Tengah, Najib berkata perhimpunan aman lebih baik daripada rusuhan, merujuk kepada pergerakan pembaharuan sistem pilihan raya Bersih 2.0.

“Perhimpunan aman, apa salah dengannya? Lebih baik daripada ada rusuhan. “Kita beri mereka perhimpunan aman tapi mereka mahu terbalikkan kereta. Adakah ini munasabah?,” kata beliau yang merujuk kepada insiden awal tahun semasa perhimpunan oleh kumpulan Bersih 2.0.

Namun, pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, memberitahu penyiar AS CNN dalam temubual baru-baru ini bahawa pihaknya tidak berhasrat mewujudkan Kebangkitan Arab.

Beliau berkata mereka hanya menekankan terhadap proses pilihan raya yang bersih dan telus.

No comments:

Post a Comment