Wednesday 21 November 2012

KEMELUT PKR SEMPORNA




      
Saudara Pengarang,

PAKATAN Rakyat melalui PKR bukan sahaja berani memasuki kampung orang dengan cara biadap yang mendabik dada berlagak sebagai juara kampung, kini berterusan mendakwa mendapat sokongan padu pengundi Semporna.

Penilaian diri sendiri yang menyatakan calon pembangkang yang disebut-sebut mewakili parti berkenaan dalam PRU ke-13 kelak, dinyatakan dengan penuh angkuh dan taksub memiliki keupayaan memimpin walaupun kosong dari segi pengalaman sebagai wakil rakyat.

Nyatakan, apakah yang mereka telah lakukan demi kebajikan dan kepentingan masyarakat tempatan selama ini? Kalau sekadar 'political walkabout', pendidikan tinggi, dan jaja mulut longkang, tidak usahlah mahu memperagakan diri.

Empat orang tokoh muda yang dinamakan untuk menentang calon BN di Semporna, iaitu Dr Zamri bin Hj Abdul Habbi (DUN Bugaya); Lokman Ureh (DUN Sulabayan); Tahir Ariffen (DUN Senallang) dan Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang juga EXCO Wanita Negeri, Nazmahwati Walli (Parlimen Semporna) kononnya begitu gah dan berkeyakinan tinggi menakluki kawasan di Pantai Timur Sabah ini.

Adakah pemilih dan pengundi tempatan di pandang begitu rendah sekali sehingga didakwa boleh dipengaruhi dengan mudah oleh pihak pembangkang dengan fitnah, dakyah dan hasutan dilontarkan kepada Pemimpin BN tempatan?

Penilaian ini merupakan satu penghinaan kepada bukan sahaja pemilih berdaftar, malah semua penduduk Semporna amnya.

Sesungguhnya pengundi dan pemilih adalah lagi bijak dari pihak pembangkang. Pengundi sudah muak dengan janji pihak pembangkang. Pengundi sudah muak dengan perangai 'YB wanna be' ini. Pengundi sudah muak dengan telatah 'pemimpin terpuji' pihak pembangkang yang saling men'cah keting' sesama sendiri.

Bayangkan ramainya calon PR di Semporna, Guru-Guru, Pensyarah, Doktor, Pengarah; khabarnya pelbagai nama mahu diketengahkan. Ada yang bernama si Kalumpang; nama si Rashid Kabod; si Halim Bandan; Isnin; si Datu Pengeran; si Zamri; si Lokman; si Piramli; si Hajan; si Salim; Si Minduru; si Mannang; si Azinun; Abang si Amir Salleh; Si Tahil, hinggalah 40 orang semua mahu jadi calon PR di Semporna.

Alangkah baiknya jika semua isi borang pencalonan dan bertanding satu kawasan. PR pasti menang sebab banyak calon. BN letak seorang sahaja calon.

Salam Hormat,

BLOGGER O.M.G

1 comment:

  1. Masing masing cari nasib, biarkan lah mereka menggapai cita cita murni mereka dan kita jangan lupa HQ di KL hanya pilih satu sahaja Parlimen dan 3 DUN bermakna final nama cabutan 4 orang sahaja.

    Dengan adanya banyak senarai calon seperti yang sidang pengarang sebutkan, syukur Alhamdulillah HQ KL banyak pilihan yang terbaik untuk 4 sahaja di final list ..... syabas dan tahnia daerah semporna melahirkan ramai politcal aspirant berbanding daerah daerah lain di sabah.
    Thanks you.

    ReplyDelete