Tuesday 13 November 2012

KENAPA 222 AHLI PARLIMEN TIDAK TERFIKIR?





Saudara Pengarang,

PADA tahun 2011, kebanyakan jawatan sokongan dan juga profesional di Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan telah diisi oleh kakitangan dan pegawai daripada Semenanjung Malaysia.
Kita juga faham bahawa kekosongan jawatan di bahagian profesional mungkin agak susah sedikit untuk memperolehinya di Sabah. Tetapi kalau hanya sebagai kakitangan sokongan, rasanya tidaklah susuah untuk memperolehinya. Banyak yang berkelulusan SPM dan juga memegang Diploma.

Sebagi contoh, di Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sabah, hampir dua puluh orang dari Semenanjung telah ditempatkan berkhidmat di Sabah. Apakah kelebihannya mereka ini?

Cukup tahun dapat tiket percuma balik Semenanjung dan kalau ada kursus di Semenanjung ada kesempatan untuk balik kampung. Apakah matlamat sebenar pihak pengurusan Jabatan Laut Malaysia bertindak sedemikian? Apa kurangnya orang Sabah yang berkelulusan dan berkelayakan setara?

Tidakkah 222 Ahli Parlimen Malaysia mempunyai masa untuk berfikir sejenak betapa banyaknya peruntukan digunakan dalam setahun untuk membayar tambang pegawai dan kakitangan yang pergi dan balik makan angin dan dalam masa yang sama menyakiti hari rakyat Sabah?
Salam Hormat,

AHMAD MAULANA RAHIM

No comments:

Post a Comment