Thursday 29 November 2012

KERAJAAN TERUS BEKAL AIR BERSIH





By :  MAHATHIR HAROUN

TERTARIK....... Awang Tengah tertarik melihat sistem ‘Electro Chlorination in MTP’ yang diperkenalkan Solidam Sdn Bhd pada Persidangan dan Pameran Air dan Air Kumbahan Borneo, semalam.

KUCHING: Kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk membekalkan air bersih kepada rakyat meskipun menghadapi kekangan dari segi geografi, perhubungan dan penduduk yang tinggal secara berselerak.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara usaha yang diambil termasuk meneruskan pembinaan takungan, empangan dan pemindahan air mentah.

Menurutnya, pada masa sama, sistem bekalan air alternatif juga dilaksanakan untuk memenuhi keperluan penduduk terpencil yang ti-dak dapat disambungkan de-ngan air graviti.

“Peranan operator air dan profesional juga diperlukan untuk memastikan teknologi terkini dapat diperkenalkan dalam menyalurkan air bersih kepada rakyat dengan me-menuhi standard antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan dan Pameran Air dan Air Kumbahan Borneo (BWWE) 2012 di sini, semalam.

Awang Tengah berkata, kerajaan juga sedang menjalankan kajian pelan induk untuk memastikan sumber air dibangunkan sejajar amalan antarabangsa seperti peng-urusan sumber air bersepadu (IWRM) dan pengurusan takungan sungai bersepadu.

“Setiap usaha perlu dijalankan agensi berkaitan untuk memastikan sumber air kita diuruskan dengan baik dan efisien,” ujarnya.

Dalam pada itu, Awang Tengah menjelaskan, kerajaan negeri turut mewartakan kawasan hutan yang luas untuk tadahan air.

“Ia termasuk kawasan di bawah hutan terlindung se-penuhnya dan taman negara,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diumumkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Industri Air Pehin Sri sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Hadir sama Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri Muran, Men-teri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis, Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA) Ahmad Zahdi Jamli berkata, Akademi Air Malaysia (MyWA) hanya akan diwujudkan di negeri ini selepas perbincangan ter-perinci dijalankan bersama operator air.

Beliau berkata, maklum balas daripada operator air penting untuk memastikan penubuhan MyWA mendapat sambutan menggalakkan di Sarawak.

Menurutnya, sekiranya mendapat maklum balas positif daripada operator air, ia mungkin akan diwujudkan di Kuching.

“Kita memang berharap dapat mewujudkan akademi (MyWA) di negeri ini. Ia penting untuk memastikan operator air (Sarawak) dapat terus meningkatkan pembangunan kapasiti,” katanya.

Menurutnya lagi, meskipun MyWA belum diwujudkan di negeri ini, namun dua program melibatkan operator rawatan air dan operator rekaan rawatan air diperkenalkan.

“Bermula hari ini (semalam) kita memperkenalkan dua program untuk pengambilan pelajar di negeri ini,” ujarnya.

Zahdi menjelaskan, MyWA ditubuhkan untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan sumber manusia dalam industri air dan air kumbahan.

“Pada masa sekarang adalah penting untuk memiliki sumber manusia berkualiti ke-rana industri ini (air dan air kumbahan) memerlukan pakar,” jelasnya.

Beliau berkata, sekarang MyWA mengendalikan bebe-rapa program yang mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Air Kebangsaan (SPAN).

“Apabila sudah diiktiraf, setiap operator air perlu menghantar tenaga kerja bagi meningkatkan kualiti dan memastikan pembangunan kapasiti dapat dibuat,” kata Zahdi.

Beliau menambah, pada masa ini MyWA hanya mengendalikan kursus jangka pendek namun pada masa akan datang beberapa program peringkat diploma akan diperkenalkan.

“Sejak penubuhannya empat tahun lepas, MyWA mempunyai lebih 500 pelajar yang telah menamatkan pengajian,” tambahnya. (UB)

No comments:

Post a Comment