Thursday 8 November 2012

KETUA WANITA PBS ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR





KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jamilah @ Halimah Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara di sini, Rabu.

Jamilah, 56, dilantik sebagai anggota Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun. Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan disaksikan oleh anggota dewan berkenaan.

Jamilah berkelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu, Sabah, pada tahun 1975 dan memegang pelbagai jawatan dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Sabah sejak 1986.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah itu, Jamilah berkata beliau akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya di negeri Sabah.

Beliau melahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan di atas pelantikan tersebut. (Bernama)

No comments:

Post a Comment