Wednesday 7 November 2012

KUALA PENYU BAKAL NIKMATI JALUR LEBAR 3G





BEAUFORT : Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menaik taraf peluasan liputan selular di daerah Kuala Penyu dalam usaha memantapkan kemudahan komunikasi di kawasan itu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun berkata ini termasuk membina menara dan stesyen telekomunikasi yang menggunakan teknologi 3G.

"Dengan penaiktarafan ini, liputan selular akan lebih meluas sehingga ke kawasan pedalaman Kuala Penyu.

"Apabila siap nanti, perkhidmatan jalur lebar berteknologi 3G akan dapat dinikmati oleh seluruh penduduk di daerah ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Komuniti 1Malaysia dan Himpunan Kasih Sayang peringkat negeri Sabah anjuran Jabatan Penerangan Sabah di tapak tamu, pekan Kuala Penyu, dekat sini Selasa.

Sempena program itu turut diadakan pameran yang disertai pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

No comments:

Post a Comment