Monday 26 November 2012

LDP PENUHI HALATUJU MASYARAKAT CINA





Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : RAMLEN JIJULLA

SOKONGAN masyarakat Cina di Sabah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)  agak berbeza dan terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu masyarikat Cina di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Di Sandakan, sokongan masyarakat Cina terhadap parti-parti komponen BN seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan juga Parti Gerakan mereka mengikut cita rasa politik masing-masing.

Saya tidak nafikan jika ada pihak yang mengatakan bahawa 40 peratus masyarakat Cina di Sandakan tidak menyokong kerajaan BN, mungkin disebabkan ketidak puasan hati mereka dari segi pembangunan dan ekonomi.

Di Sandakan, kita mempunyai seramai lima tokoh masyarakat Cina yang telah menjadi wakil rakyat 3 iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Au Kam Wah di Elopura; Raymond Tan di Tg Papat dan Peter Pang di Karamunting; sementara Datuk V.K Liew sebagai Ahli Parlimen Sandakan dan Datin Linda Tsen Thau Lin mewakili Parlimen Batu Sapi.

Kelima-lima tokoh masyarakat Cina tersebut telah berjaya memainkan peranan masing-masing sebagai mewakili masyarakat Cina dalam apa juga bidang termasuk menjaga agama dan kebajikan mereka.

Dalam pada itu kesemua mereka tidal alpa terhadap tugas menjaga kepentingan kaum bumiputera agar setanding dengan masyarakat Cina dalam segala aspek kehidupan.
Bagaimanapun, senario politik Sandakan sejak lima tahun lepas memang jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Sebagai contoh, Datuk Liew Vui Keong setelah dipilih oleh pengundi Sandakan (DUN Elopura dan DUN Tanjung Papat) lebih memberi fokus kepada kemajuan dan pembangunan prasarana untuk rakyat jelata.

Walaupun masa lima tahun terlalu singkat  dan bukan mudah untuk menyelesaikan masalah rakyat di Sandakan yang tergendala ekoran kegagalan Mantan Ahli Parlimen Sandakan era tahun 2004-2008 iaitu Chong Hon Min (Bebas) yang gagal membawa sebarang perubahan kerana mengamalkan politik berseteru dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Demikianlah antara jawapan Naib Presiden 1 LDP, Datuk Lim Ming Ho, yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika di wawancara oleh Sabahkini.Net di Pejabat Bahagian, LDP  Elopura, kelmarin.

Kata Lim, tugas utama ADR kawasan Sandakan ialah menyelesaikan semua masalah lalu, khususnya di tahun 2004 dibawa ke tahun 2008 sehingga ke hari ini.

Misalnya, tiga yang lalu, penduduk Sandakan sering berdepan dengan masalah bekalan air dan bekalan Elektrik, tetapi dengan kesungguhan V.K Liew, dalam tempoh tiga tahun lalu, masalah ini telah hampir berjaya diatasi dengan bijaksana.

Dalam kesempatan ini, Lim turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana memberi mandat kepada calon BN untuk merampas semula kerusi yang dahulunya dimiliki oleh pembangkang, jatuh semula ke tangan BN.

Ketika ditanya desas-desus bahawa kononnya kepimpinan LDP di Sandakan terbahagi kepada tiga kelompok, Lim berkata;

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar tersebut kerana semua ini hanya satu spekulasi politik semata-mata. Mungkin ada orang yang tidak senang dengan perjalanan parti LDP di Sandakan dan berniat untuk mengelirukan dan memecahbelakan perpaduan yang sedia wujud dan telah lama terjalin dalam LDP,” tegas Lim yang mengakui hubungan LDP dengan kesemua parti komponen BN berjalan dengan baik dan menjadi salah satu resepi kejayaan LDP selama ini.

Walaupun isu RCI dan NCR yang sering dilaung-laungkan oleh pembangkang sebagai senjata untuk meracuni fikiran rakyat di Sabah, kata Lim, namun ia bukan menjadi isu yang boleh membangkitkan sentimen kepada masyarakat Cina.

Tegas Lim, bagi masyarakat Cina, yang amat penting ialah sektor ekonomi,  keselamatan, kemakmuran, pembangunan, pelajaran dan kemudahan-kemudahan asas yang telah dipenuhi dan menjadi faktor utama masyarakat Cina terus menyokong BN,” tambah Lim lagi.

No comments:

Post a Comment