Sunday 11 November 2012

LIEW GESA SEMUA AGENSI SEDIA HADAPI BANJIR




BANJIR…Satu kawasan yang pernah dilanda banjir akibat saluran longkang yang tidak pernah disenggelarakan oleh pihak yang berkenaan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

ORANG ramai khususnya yang tinggal di pesisiran pantai, tepi sungai dan di lereng-lereng bukit dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga kerana pada masa ini musim tengkujuh dan akan berlakunya banjir kilat terutama sekali di kawasan tanah rendah.

Kita tidak mahu sejarah hitam yang pernah berlaku akan berulang kembali apabila kawasan Sandakan pernah dilanda banjir lumpur yang paling buruk dan tanah runtuh akibat hujan lebat berpanjangan; mana kala air pasang laut naik sehingga menenggelami rumah dan jambatan di Kampung Sim-Sim Berhala Darat, Sandakan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas mempengerusi Mesyuarat  pembentukan Jawatankuasa Banjir Peringkat Parlimen P186 Sandakan di yang diadakan di pejabat LDP Bahagian Elopura, kelmarin.

Katanya, sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut, memang prihatin terhadap fenomena tersebut dan meminta kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mempastikan longkang-longkang yang berhampiran di kawasan-kawasan perumahan dan di tepi-tepi jalan raya  dibersihkan tanpa ada sebarang sekatan.

“Begitu juga pihak JKR pastikan lereng-lereng bukit yang berhampiran dengan kawasan-kawasan perumahan terutama, sekali bukit-bukau yang pernah diradu dalam kedaan baik kerana ini juga penyebab kerap berlakunya banjir lumpur  apabila hakisan mudah dihanyutkan oleh arus air memasuki ke kawasan-kawasan rumah.”

Kata V.K Liew lagi, dengan terbentuknya Jawatankuasa Banjir tersebut yang dianggotai seramai lebih 18 orang akan bersiap sedia melaksanakan tugas untuk menghadapi banjir yang mungkin berlaku diluar jangkaan.

No comments:

Post a Comment