Sunday 4 November 2012

MAB KURANG SELENGGARA ELEKTRIK





KOTA KINABALU : Penyelenggaraan kurang baik mungkin satu daripada faktor yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) minggu lepas, kata bekas Pengurus Besar Kanan (Operasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Ir Peter Lajumin.

Menegaskan kejadian itu bukan salah kerajaan sepenuhnya, terutamanya kerajaan negeri Sabah, dan menurutnya bagi fasiliti amat kritikal seperti landasan di KKIA, pemeriksaan atau penyenggaraan rutin adalah amat penting, atau sekurang-kurangnya dilengkapi sistem sokongan.

"Sistem sokongan itu boleh dalam bentuk kabel tambahan di mana apabila satu kabel mengalami kerosakan, satu lagi boleh mengambil alih. Ia perlu direka bentuk mengikut standard antarabangsa kerana Kota Kinabalu ialah lapangan terbang antarabangsa.

"Berdasarkan maklumat yang saya kumpulkan, termasuk daripada SESB, insiden ini bukan salah SESB, dan saya fikir ia lebih kepada masalah dalaman (kabel) di KKIA," kata Lajumin kepada Bernama di sini Jumaat semasa ditanya pandangan peribadi beliau mengenai apakah masalah yang mungkin menyebabkan gangguan bekalan elektrik di KKIA pada Khamis dan Jumaat lepas.

"Bagi saya, saya lihat banyak aktiviti dijalankan di lapangan terbang (KKIA), jadi kemungkinan kabel rosak semasa kerja pembinaan yang sedang dijalankan di kawasan itu, menjadikannya lebih kritikal untuk pemeriksaan rutin bagi semua aktiviti yang sedang dijalankan di KKIA. (Bernama)

No comments:

Post a Comment