Thursday 15 November 2012

MALAYSIA BOLEH CAPAI PERTUMBUHAN 4-5 %





KUALA LUMPUR : Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa Christine Lagarde yakin bahawa Malaysia boleh mencapai sasaran KDNK empat hingga lima peratus tahun ini.

Lagarde berkata beliau kagum dengan rekod pertumbuhan negara dan transformasinya kepada ekonomi pasaran yang pesat membangun. "Ya, saya rasa boleh," katanya menjawab soalan sama ada Malaysia boleh mencapai sasaran pertumbuhan KDNK tahun ini.

Lagarde berada di Malaysia dalam lawatan pertamanya ke negara ini sebagai Ketua IMF.

Sebelum ini, Lagarde berkata beliau telah berbincang pelbagai perkara terutamanya ekonomi dunia dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu mesyuarat.

Lagarde kini dalam rangka lawatan ke tiga negara Asia Tenggara, dan akan ke Filipina dan Kemboja selepas Malaysia.

Ketua IMF itu berkata beliau kagum dengan pengurusan ekonomi Malaysia berdasarkan dua perkara yang pertama adalah tumpuan kepada kedua-dua objektif jangka pendek dan jangka panjang.

"Yang kedua adalah ekonomi negara melibatkan peserta dari ekonomi sebenar, iaitu sektor awam dan swasta, selain sektor kewangan," katanya.

Lagarde berkata pelan tindakan yang dirangka oleh Bank Negara Malaysia adalah salah satu faktor yang diperlukan untuk bersedia ke arah masa depan. Beliau juga mengagumi peralihan Malaysia daripada ekonomi yang berasaskan dagangan kepada ekonomi yang diimbangkan antara eksport dan penggunaan domestik. (Bernama)

No comments:

Post a Comment