Sunday 4 November 2012

MDG BASMI KEMISKINAN MENJELANG 2015





KUALA LUMPUR : Malaysia yakin mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) mengenai pembasmian kemiskinan menjelang 2015, kata wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff.

Hussein berkata ini disebabkan penurunan kadar kemiskinan dalam negara serta pengenalan program 1AZAM yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar.

“Pada 2009, kadar kemiskinan di Malaysia menurun kepada 3.8 peratus daripada 16.5 peratus pada 1990. Sejak 2010, lebih 90,043 keluarga berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada program anti kemiskinan 1AZAM.

“Kemajuan yang diperoleh dalam mencapai MDG telah menggalakkan Malaysia untuk terus membaiki bidang-bidang utama pembangunan yang lain dalam kalangan penduduk luar bandar melalui pelaksanaan tindakan dasar yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya mengenai Agenda 21: Pelaksanaan hasil daripada Persidangan PBB mengenai Petempatan Manusia (Habitat II) dan mengukuhkan Program Petempatan Manusia PBB (Habitat I) pada mesyuarat jawatankuasa kedua Perhimpuman Agung PBB ke-67 di New York pada Khamis. Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini kelmarin. (Bernama)

No comments:

Post a Comment