Sunday 18 November 2012

MDS KUATKUASA ANTI KUTU SAMPAH





Oleh :  ARSHAD HUSSIN
                       
SALAM...Dato' Sri Nasir (tengah) diringi A.M.Ibnu dan Jaafar Ahmad bersalaman dengan sebahagian penduduk sempena majlis itu di Semporna.

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran, mengajak semua masyarakat dan penduduk memainkan peranan masing-masing sentiasa menjaga kebersihan kawasan pekan dan kampung.

Katanya, dengan pelaksanaan Undang-Undang Anti Kutu Sampah yang dikuatkuasa oleh Majlis Daerah Semporna (MDS) mampu mendidik serta mendisiplinkan masyarakat betapa pentingnya keutamaan kebersihan kawasan pekan dan kediaman.

Nasir berkata, kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman dan gambaran amalan kehidupan sesebuah masyarakat.

Selain itu katanya, agama Islam sangat menekankan kebersihan, baik kebersihan fisik maupun batin.

Justeru itu, kita berharap dengan pelancaran program ini masyarakat akan memberi kerjasama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata tempat.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Anti Kutu Sampah anjuran Pedabat Daerah dan Majlis Daerah Semporna.

Hadirsama Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Haji Jaafar Ahmad; Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Ketua Masyarakat Cina, Kapitan Ong Hang Seng; Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Semporna, Hassan Gabrah; Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah(PBRS)Semporna, Mohammad Seh; Ahli-Ahli parti Gerakan dan MCA Bahagian Semporna serta ahli-ahli Majlis Daerah Semporna (MDS) dan kakitangan kerajaan negeri & persekutuan.

Sempena majlis itu seramai 13 orang Duta Anti Kutu Sampah membaca ikrar dan mengangkat sumpah akan melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Nasir berkata, pelbagai langkah telah diambil oleh MDS termasuk langkah menambah kakitangan untuk membersihkan sampah di kawasan pekan dan menambah kenderaan mengangkut sampah serta mengwujudkan lokasi baru tapak pembuangan sampah.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, menjelaskan langkah drastik MDS yang terkini menguatkuasa undang-undang Anti Kutu Sampah semata-mata untuk mendisiplin masyarakat supaya sentiasa menjaga kebersihan.

Katanya lagi,Islam juga mengutamakan kebersihan dan kebersihan itu sebahagian daripada iman.

"Untuk  hidup bersih dan sehat, kita harus membuang termasuk ‘sampah kehidupan’ (life garbage) dan sampah kehidupan itu banyak sekali, baik dalam diri maupun lingkungan kita," kata Nasir.

Katanya,buanglah sampah di tempat yang disediakan dan bukannya melempar sampah sesuka hati.

Nasir menegaskan,kawasan persekitaran yang kotor mudah menjadi punca kepada pelbagai gejala penyakit dan membiakkan lalat dan nyamuk yang membawa bermacam penyakit.

Tegasnya lagi, masa dan keadaan sudah berubah dan prasarana pembangun semakin ketara disamping premis perniagaan dan penduduk semakin bertambah.

Sehubungan itu, pihak MDS juga perlu memastikan semua kawasan premis perniagaan dan kediaman penduduk sentiasa bersih serta disediakan tong sampah dan membersihkan pusat pengumpulan sampah dan longkang setiap masa.

Nasir berkata, adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga kebersihan pekan dan kawasan kediaman sentiasa bersih dan cantik, kalau kebersihan sentiasa terjaga bukan sahaja orang luar bangga malah  kita sendiri akan rasa megah kalau daerah kita bersih dan bebas dri sampah dan pelbagai penyakit.

Sementara itu,Pegawai Daerah Semporna, A.M.Ibnu A.K. Baba, menjelaskan tugas MDS tidak lagi memungut sampah sebaliknya akan menangkap orang-orang yang membuang sampah merata tempat.

Katanya Undang-Undang Anti Kutu Sampah  akan berfungsi menangkap orang membuang sampah berkuatkuasa 17 November 2012.

A.M.Ibnu berkata, Undang-undang Anti Kutu Sampah ialah satu peraturan yang membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Semporna  mengambil tindakan ke atas kesalahan membuang sampah dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Semporna.

Tegasnya lagi, sabit kesalahan boleh didenda minimun RM30 sehingga RM500.

"Dengan penguatkuasaan undang-undang ini akan memperkasakan  PBT menjaga kebersihan di kawasan perkadaran Majlis," kata A.M.Ibnu.

9 comments:

  1. jgnlah buang sampah merata-rata.

    ReplyDelete
  2. tambahkan juga jumlah tong sampah dan pastikan semua lori2 sampah menjalankan tugas..

    ReplyDelete
  3. harap2 ada penambahbaikkan untuk daerah semporna selepas ini..

    ReplyDelete
  4. Rasanya setiap daerah sudah dikuatkuasa dengan undang2 ni.

    ReplyDelete
  5. kalau penguatkuasaan macam di Singapura saya rasa pasti akan berjaya.

    ReplyDelete
  6. Kerjasama dari semua pihak penting untuk jayakan apa2 program yang dibuat. harap semua akan bagi komitmen untuk menjaga alam sekitar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesedaran harus ada untuk menjaga kebersihan

      Delete
  7. Jangan buang sampah merata-rata

    ReplyDelete