Sunday 25 November 2012

MTS SANDAKAN KELUAR 4 PERINTAH PALSU?





WAJAH SEBENAR…..Inilah wajah sebenar Abdullah Japar dan wajah isterinya Rugayah Ahmad, pasangan yang bersekongkol menipu Noraini Nahar.


Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : FAIRUL ZAMAN

SATU lagi kes penipuan akan diselongkar yang membabitkan Isteri Pemaju Mukim Kawasan Sukau, Abdullah Japar iaitu Rugayah Binti Ahmad. Marilah ikuti kenyataan Peguam Aisah Ahmad di Majlis Sidang Akhbar Tertutup dengan para Wartawan yang diadakan di Ballroom Sandakan Hotel kelmarin.

Aisah menjelaskan pada 1 November 2012, sebagai Penasihat Undang-Undang  (Tetuan Aisah Ahmad & Co) bersama seorang anakguamnya, Noraini Binti Nahar telah berjumpa dengan Mohd Haslan Mohd Hassan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Sandakan (MTS) bagi mengemukakan aduan bahawa disyaki 'Perintah Palsu' telah diperolehi beberapa individu yang menyebabkan geran milik tanah asal terbatal tanpa pengetahuan dan kerelaan para pemilik  asal.

Kata Aisah, Mahkamah telah mengesahkan surat bertarikh 16 November 2012 bahawa daripada 12 perintah tuntut waris, hanya 8 perintah sahaja diperolehi di Mahkamah Rendah Syariah Sandakan  dan sehingga kini 4 orang sahaja pemilik telah dijumpa tetapi telah dituntut waris oleh individu yang tidak bertanggungjawab iaitu Abdullah Japar (Pemaju Mukim Sukau) dan isterinya Rugayah Bte Ahmad.

Aisah berkata, pihak Mahkamah berpendapat besar kemungkinan penuntut waris berbohong di dalam affidavit permohonan mereka.

"Pada 15 November 2012, melalui makluman anak guam saya, Jamal Sinyor dan Katif bin Kussoi mendakwa mereka telah dihubungi oleh Abdullah Japar untuk berbincang permasalahan tuntutan  tanah Koyah A kerana beliau (Abdullah Japar) bimbang dengan tindakan yang akan dihadapinya kelak dan mahu berjumpa dengan saya,” jelas Aisah.

Berikutnya pada 16 November 2012 Abdullah Japar telah meminta Jamal Sinyor untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan Aisah Ahmad.



"Saya ditemani oleh pembantu saya, Leila dan seorang lagi anak guam saya Mohsin Jurop, hadir di City Club, Batu 3, Jalan Utara Sandakan. Pada masa itu Abdullah Japar bersama-sama dengan Jamal Sinyor,” jelas Aisah.

Aisah menegaskan bahawa Abdullah Japar sahaja yang bercakap tujuan hendak berjumpa kerana segala aduan telah diserahkan kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijalankan siasatan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.




WAWANCARA…Noraini Nahar sedang ditemubual Sabahkini.Net mengenai kes penipuan yang dilakukan oleh oleh Rugayah Ahmad.

Berikut adalah antara pengakuan yang dibuat oleh Abdullah Japar kepada Aisah;

a) Mastermind penipuan ini dan yang tahu cerita A hingga Z ialah Ismail Taradan.
b) Mahu memberi kerjasama kerana  dahulu dia susah, tiada kerja dan terdesak.
c) Mengumpul saudara mara lebih kurang 50 orang untuk menerima wang RM1,500 di Pejabat Ferdeco, Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan.
d) Mengaku tidak diberitahu oleh Ismail Tarandan tujuan penerimaan wang tersebut untuk membatalkan geran.
e) Asiah Tarandan sekarang tidak sihat dan tahu nama Asiah Tarandan hanya digunakan oleh Ismail Tarandan untuk tujuan penipuan tersebut.
f) Abdullah Japar telah mengetahui tentang perkara penipuan yang namanya digunakan dalam surat kuasa wakil hanya pada  tahun 2001, tetapi  tidak mengambil tindakan kerana tiada  wang untuk membayar peguam (bercanggah dengan tarikh penerimaan wang  RM1,500 pada tahun 1998/1999).
g) Mengaku bahawa mereka suami isteri telah (Abdullah Japar dan Rugayah Ahmad)  telah dimasukan sebagai penuntut waris kepada  orang yang masih hidup oleh Ismail Tarandan.
h) Mengaku bahawa mereka suami isteri telah menerima wang sebanyak RM4,500 daripada Bagus Maju Berhad.
i) Abdal Japar (Abang Abdullah Japar) telah pergi pergi ke rumah anak guam bernama Satta binti Umbi tujuan untuk membayar semula RM1,500 yang telah diterima oleh Abdullah Japar sebagai Penuntut Waris dengan perintah Mahkamah Syariah Rendah Sandakan, walhal pemilik masih hidup. Namun anak-anak kepada Puan Satta tidak mahu berjumpa.
j) Abdullah Japar berjanji akan membuat taklimat di Suan Lamba untuk menerangkan hal sebenar kepada para pemilik dan para pewaris terbabit dalam kes penipuan yang dilakukan oleh Ismail Tarandan.
k) Abdullah Japar memohon agar mendapat bantuan daripada Tetuan Aisah Ahmad & Co dan berjanji akan membawa Ismail Tarandan berjumpa dengan Penasihat Undang-Undang pada 18 Disember 2012, namun sehingga kini berdiam diri.
l) Kata Aisah, keterangan anak guamnya, Noraini Nahar dengan Rugayah Ahmad akan dibentangkan berasingan di Sabahkini.Net selepas tersiarnya berita ini nanti.
 

(NOTA : Fakta kes Noraini Nahar akan  menyusul kemudian selepas berita ini tersiar. Anak kepada Ismail Tarandan, Ghafar Ismail bekerja di SKMM pernah mengancam Wartawan Sabahkini.net sekiranya nama bapanya tercemar).

No comments:

Post a Comment