Wednesday 14 November 2012

MUIS PICHO CONTOH TERBAIK IC PROJEK?





Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PANEL RCI atau Kerajaan Persekutuan tidak perlu membuang banyak masa untuk menjalankan siasatan berhubung kerakyatan songsang di Sabah jika mengambil kes kerakyatan songsang Adun Sebatik, Haji Abdul Muis Bin Picho sebagai 'precedence' dan 'Mercu Tanda' pencabulan undang-undang.

Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Panel RCI Sabah bahawa mereka akan mengadakan pendengaran umum pertama pada 14 Januari 2013 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

"Kenapa perlu membuang masa  48  saksi dan membazirkan wang awam jika saksi dan bukti utama berada di dalam kerajaan iaitu sebagai penggubal undang-undang? Bukankah dengan memanggil Muis Picho ke pendengaran awam, rakyat Sabah boleh mengetahui bagaimana mudahnya warga asing mendapat kerakyatan Malaysia dari Sabah; bukan sahaja menjadi Pegawai Kerajaan, malah menjadi ADUN dan layak menjadi Ketua Menteri," kata Citra yang memuji langkah Datuk Seri Mohd Najib menubuhkan RCI yang selama ini menjadi taboo kepada semua Perdana Menteri sebelumnya.

Kata Citra, Sabahkini.net telah melakukan kerja terbaik sebelum penubuhan RCI dan pernah bekerjasama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti dan telah mendedahkan banyak rahsia kerakyatan songsang daripada badan yang ditubuhkan kerajaan.





"Tidak ada siapa dapat menafikan bahawa Muis Picho adalah Warganegara Indonesia, lahir di Indonesia dan pernah mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia sebelum menyerahkan kad pengenalan merahnya setelah mengeluarkan semua KWSPnya dan datang kembali menggunakan pasport; mendapat IC Projek dan seterusnya menjadi Ahli UMNO (01562761) dan dipilih sebagai calon UMNO DUN Sebatik dan menjadi Adun Sebatik sejak 2008," ujar Citra yang menggesa agar Panel RCI fokus terhadap siasatan mereka dan bukannya melayan sandiwara pemimpin UMNO yang menjadikan RCI sebagai modal politik.

Kata Citra, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib memberikan penjelasan secara terbuka bagaimana boleh meluluskan kewarganegaraan mengikut Fasal 30 (3) Perlembagaan Persekutuan kepada Muis Picho dengan memberikan kad pengenalan lama H0381984 iaitu kad yang dikhususkan untuk Warga Penyu atau IC Projek Mahathir dan kini memegang MyKad 570720125237.







"Dalam hal ini Pengarah JPN Sabah boleh memberi penjelasan, tetapi beliau terpaksa menutup mulut kerana melindungi kepentingan kerajaan dan boleh menyebabkan krisis perlembagaan kerana PATI yang memperoleh kerakyatan songsang boleh menjadi Adun dan menggubal undang-undang di dewan yang mulia itu," kata Citra yang kesal kerana Pengarah JPN tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan tanpa merujuk kepada Ketua Pengarah JPN di Putrajaya atau Menteri Dalam Negeri.

Tambah Citra lagi, Muis mempunyai seorang abang, Datuk Mohd Tahir Bin Picho iaitu seorang usahawan ternama di Tawau, namun tidak menyebut taraf kerakyatan abang Muis.


2 comments:

  1. Kenapa sekarang baru nak korek..zaman pm terdahulu sebelum ni xda plak nak korek..adeii

    ReplyDelete
  2. jangan berhenti "korek" hehehehe

    ReplyDelete