Friday 30 November 2012

NAJIB NYALAKAN OBOR PERJUANGAN UMNO






Oleh : ABU BAKAR ESAH

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakaan Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun menyifatkan ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun RAzak telah membakar semangat perwakilan sekali gus memberi kesedaran dan menginsafi untuk menghayati perjuangan Umno.

“Ianya telah membakar semangat kami (perwakilan) dan semua jentera parti daripada empat peringkat untuk balik semula ke kawasan masing-masing, ke bahagian masing-masing dengan menghayati ucapan Datuk Seri Presiden tadi dan menginsafi bahawa kami perlu menguatkan kerjasama, perpaduan kami perlu dipertingkatkan, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 ini demi memastikan kemenangan BN untuk meneruskan perjuangan membela rakyat negara ini,” katanya.

Azizah yang juga Naib Ketua Wanita Umno Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Najib pada Perhimpunan Agung Tahunan 2012 di Dewan Merdeka PWTC di sini, kelmarin,

Beliau berkata pemimpin dan semua jentera parti perlu turun padang untuk memberi tahu kepada rakyat bahawa mereka tidak ada pilihan melainkan BN demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

“Saya penuh yakin bahawa akar umbi boleh menerima kerana rakyat telah matang dan kami di pergerakan Wanita melalui Jelajah Salam Sayang sering memberi penjelasan kepada mereka tentang pembohongan parti pembangkang terutama sekali apa yang Ketua Umum PKR kata dengan kita. Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, semasa dia menjadi Menteri Kewangan apa yang dia buat untuk negara kita. Dan ini telah rakyat fahami dan memberi kesedaran kepada mereka,” katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Azizah berkata Umno Sabah akan dapat mempertahankan semua kerusi yang disandangnya.

“InsyaAllah melalui kerjasama di bawah kepimpinan kita, kita akan dapat mempertahankan semua kerusi yang ada di Sabah,” katanya sambil menambah BN mampu memberikan yang terbaik untuk rakyat negeri Sabah

“Apa yang kita buat adalah yang benar-benar berlaku, apa juga yang kita janji kita tepati dan dilaksanakan untuk rakyat demi rakyat, bukan agenda peribadi dan ianya telah terbukti sejak sekian lama” katanya.

No comments:

Post a Comment