Wednesday 14 November 2012

NGO PERANAN PERKUKUH PERPADUAN KAUM





MESRA........kelihatan Haji Ghulabdin Enjih (berdiri tujuh dari kiri) ketika bergambar dengan keluarga Puan Kemala Batumalai (sembilan dari kiri) serta sebahagian orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka tersebut.
                                                        
Oleh:   KREW SABAHKINI

TUARAN : Badan Bukan Kerajaan (NGO) adalah merupakan  salah sebuah medium yang boleh memainkan peranan untuk menjadi agen bagi memperkukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di dalam negeri ini.

"Kewujudan badan sukarela atau NGO seperti Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) dan banyak lagi akan dapat memainkan peranan menarik serta membimbing masyarakat pelbagai fahaman dan budaya ke arah merealisasikan perpaduan nasional yang sebenar-benarnya."

Pengerusi AMANAH Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih berkata, pelbagai aktiviti yang diajaykan oleh setiap NGO akan mampu memberikan banyak peluang kepada mesyarakat pelbagai kaum untuk memperolehi pengetahuan serta maklumat bertapa peri pentingnya perpaduan yang boleh memberikan kebaikan kepada masyarakat setempat itu sendiri.

"Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada mana-mana badan sukarela agar terus memainkan peranan lebih serius dalam memperkukuhkan lagi perpaduan dan semangat persaudaraan yang telah wujud sejak sekian lama, agar ia lebih subur dan boleh menjadikan negara lebih aman dan makmur," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Deepevali di kediaman Puan Kamala Batumalai di Kampung Bolong dekat sini, pada pagi kelmarin.

Ghulabdin yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) berkata, walaupun AMANAH sebuah badan NGO yang masih baru, namun pelbagai anjuran yang telah dilakukannya di Kawasan Sulaman telah menunjukkan bahawa kesungguhan dan komitmen persatuan itu dalam membantu menyatu padukan masyarakat terus berrjalan lancar.

Beliau yakin, jika AMANAH mendapat sokongan dan dokongan yang berterusan dari kepimpinannya sudah tentu matlamat penubuhannya untuk menjadikan janji kemerdekaan yang lebih aman dan makmur akan dapat direalisasikan demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

"Sesungguhnya, tiada lain yang diinginkan oleh rakyat yang cintakan perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang kepada kestabilan negara. Oleh itu kita mengharapkan agar rakyat pelbagai fahaman sentiasa menjalinkan kerjasama dan persefahaman dalam mempertahankan hak-hak bangsa terutama ketika menghadapi cabaran yang mengugat ketenteraman awam," kata Haji Ghulabdin yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kota, Tuaran.

Haji Ghulabdin menyatakan perjuangan NGO termasuklah AMANAH di negara ini tidak boleh disangkal lagi kerana menerusinya kekuatan perjuangan pimpinannya yang mempunyai ketabahan dan jatidiri hasil dari warisan pimpinan terdahulu yang telah memerdekakan negara. 

Majlis Rumah Terbuka di kediaman Puan Kamala Batumalai di Kampung Bolong itu turut juga dihadiri oleh Ketua Kampung, Kampung Seri Bayu Tuaran, Haji Ismail Setuh dan Ketua Peneranagan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Kota Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.

No comments:

Post a Comment