Sunday 4 November 2012

PAS GESA DATUK ROSNAH SEGERA BERTAUBAT!




Saudara Pengarang,

SAYA merujuk kenyataan akhbar terbitan Daily Express, edisi 4 November, 2012, oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Selaku YDP PAS Batu Sapi, merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, saya menggesa Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia itu agar segera bertaubat di atas kenyataan biadap beliau yang memperlekeh undang-undang Hudud iaitu 'undang-undang yang telah ditentukan Allah'.

Saya menasihatkan agar beliau berhati-hati apabila berbicara soal hudud dan hendaklah merujuk isu yang melibatkan akidah ini dengan ustaz serta guru-guru agama yang mempunyai autoriti.

Datuk Rosnah hendaklah merujuk kepada Kitab Suci Al-Quran dalam surah Al-Ahzab, ayat 36 "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul telah membuat sesuatu keputusan. Sesiapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan RasulNya bererti ia telah terjerumus dalam kesesatan yang nyata."

Ayat ini secara nyata dan tanpa sebarang keraguan lagi menegaskan bahawa umat Islam tiada pilihan lain melainkan tunduk patuh diatas apa yang Allah swt telah tetapkan keatas setiap hambaNya, iaitulah kewajipan melaksanakan hudud.

Kiasan yang dibuat oleh Datuk Rosnah tentang muamalat pajak gadai serta perbankan Islam yang boleh dipertikaikan, Datuk Rosnah sebenarnya menyerlahkan kekeliruan serta kedangkalan pengetahuan beliau dalam bab agama kerana  transaksi dalam muamalat ini tidak melibatkan hudud.

Kalau Datuk Rosnah keliru tentang hukum-hakam Islam, tolong jangan kelirukan orang ramai. Cukuplah Datuk Rosnah seorang sahaja yang keliru. Menyanggah dapatan oleh UM Research Center yang telah mengesahkan dalam satu survey yang dibuat baru-baru ini bahawa sebahagian masyarakat Cina bersedia memahami Hudud, dengan jelas sekali menunjukan sikap anti-Hudud Datuk Rosnah sama seperti yang diserlahkan oleh Tun Dr. Mahathir serta beberapa pemimpin atasan UMNO lainnya.

Saya agak kebimbangan Datuk Rosnah dengan bab Hudud ini kerana barangkali dia sedia faham bahawa yang akan menerima nasib 'tangan kudung' ini ialah para pemimpin UMNO. Orang bukan Islam tiada kena mengena dengan Hudud kerana mereka tidak tertakluk kepada undang-undang syariah.

Datuk Rosnah  selanjutnya menyatakan bahawa Hudud yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS Kelantan sebagai tidak lengkap dan zalim, adalah keterlaluan. Sudah banyak kali cabaran dibuat oleh pemimpin  PAS, bahawa, kalau Hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS itu tidak lengkap serta zalim, maka UMNO dipersilakan untuk memperkenal dan melaksanakan Hudud ciptaan UMNO pula.

Tetapi peliknya, pemimpin dan seluruh ulama UMNO jadi bisu, seperti syaitan bisu, tidak pernah menyahut cabaran yang dibuat oleh PAS ini. Jelaslah bahawa sebenarnya UMNO dan para pemimpinnya hanya mencari redha manusia, redha pemimpin daripada rakan dalam komponen BN, dan redha Datuk Chua Soi Lek, bukannya redha Allah.

Maka tidak hairanlah negara ini semakin berkecamuk dan porak peranda dengan segala kebejatan dan maksiat serta keruntuhan moral. Ia sebenarnya berpunca dari jawatan atau amanah yang dipegang oleh orang yang bukan ahlinya.

Salam Hormat,

HJ.HAMZAH HJ ABDULLAH
YDP PAS Batu Sapi Merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Sabah

No comments:

Post a Comment