Saturday 17 November 2012

PENCULIKAN, JALANKAN SIASATAN MENYELURUH





KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengarahkan pihak-pihak berkuasa berkenaan khususnya polis dan marin supaya menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes culik yang berlaku di Lahad Datu pada Rabu lalu.

“Pesuruhjaya Polis telah memberikan taklimat mengenai kes itu kepada saya, dan saya telah meminta semua pihak berkuasa berkenaan supaya menggerakkan pasukan masing-masing untuk mengesan mereka yang telah diculik,” katanya selepas menghadiri perhimpunan sempena Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah di Wisma Muis, baru-baru ini.

Musa yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri berkata fakta mengenai kes itu masih belum diketahui, justeru adalah terlalu awal untuk mengatakan apa sebenarnya yang telah berlaku.

“Saya meminta masyarakat bertenang dan tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini sehinggalah satu siasatan menyeluruh dibuat.
“Pihak-pihak berkuasa berkenaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk menangani perkara ini,” katanya. (UB)

No comments:

Post a Comment