Friday 9 November 2012

PENYEWENGAN DI LEMBAGA SUKAN SABAH?





Saudara Pengarang,

MOHON jasa pihak tuan membuat penyiasaat ke atas perkara di bawah ini di Lembaga Sukan Sabah. Surat ini telah dituju dan disalinkan juga kepada Ketua Menteri Sabah, Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia Dan Sukan Sabah.

Untuk makluman, Pegawai yang jadi Pengurus Besar dengan Penolong Pengurus Besar bukan mempunyai kelulusan tinggi yang melayakkan mereka memegang jawatan tinggi dalam jabatan. Mereka hanya mempunyai ada diploma, tapi pegawai bawahannya pula ada ijazah. Wajarkah ini berlaku? Keadaan macam ini bermakna orang yang hanya berkelulusan sekolah menengah pun boleh jadi Pengurus Besar.

Pemilihan pegawai yang tiada kelayakan untuk jawatan tinggi diputuskan hanya oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah iaitu Datuk Louis Rampas yang telah menyalahgunakan kuasa politiknya melantik sesiapa yang beliau suka walaupun tiada kelulusan ijazah. Inikah amalan kerajaan BN? Di manakah peranan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dalam hal-hal seperti ini?

Ramai Pegawai Lembaga Sukan Sabah tiada kelulusan yang sepatutnya untuk jawatan yang mereka pegang. Tapi ada staf yang ada diploma dan ijazah jadi pegawai bawahan sahaja. Wajarkah perkara ini berterusan? 

Ramai Staf Baru masuk kerja tanpa melalui iklan kekosangan. Jika ada pemohon yang menghantar permohonan, tidak dilayan atau dibalas permohonan itu. Kenapa ini berlaku? Hanya ada sokongan orang berpengaruh sahajakah yang boleh masuk kerja di sini, walaupun tiada iklan kekosongan. Inikah amalan Bersih, Cekap dan Amanah kerajaan BN?
Diperhatikan juga banyak kerosakan di bangunan Lembaga Sukan ini sehingga ada bahagian yang boleh mendatangkan bahaya kepada staff mau pun orang luar yang datang ke pejabat ini, kenapa tiada pembaikan tetapi ada peruntukan disediakan oleh kerajaan?

Sekian, Salam Hormat,

GREEN HART

No comments:

Post a Comment