Sunday 18 November 2012

PERHIMPUNAN 1 JUTA ORANG PAKATAN 24 JANUARI





Oleh : MUDA MOHD. NOOR

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan mengadakan pehimpunan besar-besaran membabitkan kira-kira 1 juta orang membabitkan orang politik dan NGO di ibu negara 14 Januari tahun depan.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru, kelmarin.

Perhimpunan itu kerana menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih.

“Perhimpunan di peringkat negeri juga diadakan. Pada 1 Disember di Johor; Melaka (8 Disember); Pahang (9 Disember); Terengganu (14 Disember); Perak (16 Disember) dan Sabah (24 Disember).

“Manakala negeri-negeri lain belum ditetapkan lagi,” kata beliau.

Bagaimanapun,  tempat perhimpunan belum ditetap tetapi membayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Nasional atau di tengah-tengahnya.

Mohamad menjelaskan pada mulanya, Pakatan Rakyat mahu mengadakan konvensyen tetapi NGO mahu membetulkan kerajaan yang ada dengan mengadakan perhimpunan.

“Saya yakin jika perhimpunan itu disertai sejuta orang, kita akan menawan Putrajaya,” katanya lagi.

Beliau menambah, keputusan mengadakan perhimpunan mega dibuat dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Katanya, beliau sekali lagi dipilih untuk mengetuai perhimpunan tersebut. (FMT)

10 comments:

  1. ketenteraman awam kena dijaga.

    ReplyDelete
  2. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia harus memperhalusi definisi rasuah .Sebelum ini kita sedia maklum Nik Aziz,Hadi dan ramai lagi barisan kepimpinan khawarij PAS merasuah penyokong dan pengundi dengan menawarkan skim syurgaku syurga mu.

    ReplyDelete
  3. SPRM harus melihat rasuah syurga dan pahala sebagai salah satu rasuah yang paling busuk dari kalangan jenis perasuah. Masakan tidak ,merasuah memang dilarang dan amat berdosa didalam ajaran agama Islam

    ReplyDelete
  4. khawarij PAS menggunakan syurga dan pahala sebagai imbuhan jika memilih mereka sebagai kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Setelah menawarkan rasuah palsu, ada kemenangan yang berpihak kepada khawarij PAS hinggalah sekarang wujud kerajaan negeri Kelantan yang langsung tidak menunaikan manifesto dan segala macam janji pilihanraya.

    ReplyDelete
  6. Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional hari ini mendakwa, rasuah politik yang paling tertinggi, yang patut dikutuk adalah parti politik yang menjanjikan syurga jika pengundi memberi sokongan kepada mereka dalam pilihan raya

    ReplyDelete
  7. Tidak cukupkah dengan perhimpunan Bersih 1.0 dan 2.0 yang lalu?

    ReplyDelete
  8. sejuta orang??hari ni pun nak upah rakyat untuk sertai perhimpunan lagi ka..

    ReplyDelete
  9. Dulu, kesan negatif dari perhimpunan Bersih sampai ke luar negara.

    ReplyDelete