Friday 16 November 2012

PKR LAPOR POLIS ISU DERMA RM40 JUTA





Oleh : LESAYA L. SORUDIM

SATU rombongan ahli PKR Tuaran yang diketuai oleh Datuk Kalakau Untol telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Tuaran pada jam 2:00 petang kelmarin  terhadap tuduhan kemungkinan berlakunya penyelewangan wang berjumlah RM40 yang dikatakan sebagai membabitkan Ketua Menteri YAB Datuk Musa Aman dan peniaga Balak Michael Chia.

Antara lain dalam laporan polis tersebut menggesa pihak polis untuk menyiasat dari mana sumber sebenar wang tersebut dan adakah penderma wang itu telah membayar cukai ke atas wang yang dimaksudkan dan juga menyiasat kemungkinan wang tersebut adalah milik kerajaan Negeri Sabah.

Laporan ini juga dibuat berdasarkan kepada kenyataan Dato Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan bahawa wang tersebut adalah derma kepada UMNO Sabah.

Susulan daripada tindakan ini, Kalakau yang juga ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi hari ini, 16 November 2012 di pejabat SPRM Negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment