Tuesday 13 November 2012

RADIN MALLEH 'GOYANG' DI MELALAP?





KHABAR yang saya perolehi dari Tenom bahawa Pakatan Rakyat (PKR) akan meletakkan tokoh USNO, Puan Leong Chau Chu di DUN Melalap menentang penyandang, Datuk Radin Malleh. Namun SAPP mungkin akan menurunkan seorang peguam, Roger Stimin mencuba nasib merampas kerusi DUN Melalap yang dipercayai sudah berada dalam genggaman mereka. Seorang calon bebas yang sudah dikenal pasti orangnya juga mungkin akan turut mengambil bahagian. Jika berlaku pertandingan 2 lawan satu atau 3 lawan satu; maka Radin akan terus mengekalkan kerusi DUN Melalap. Namun jika Leong dan calon bebas menarik diri, maka peluang Roger agak cerah dalam pertembungan 2R -Roger & Radin; yang memungkinkan Radin terpaksa goyang 'GangTenom.Style' kali ini. (Wahab Timpai)

No comments:

Post a Comment