Monday 19 November 2012

RM30 JUTA BINA DEWAN MALAYSIA DI PERTH





PASIR GUDANG : Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi membina sebuah Dewan Malaysia di Australia Barat bagi menampung keperluan pelajar negara yang semakin meningkat di sana, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled berkata dewan tersebut akan dibina di Perth selepas menerima cadangan daripada masyarakat dan 3,000 pelajar Malaysia yang berada di sana.

"Dewan Malaysia Perth akan menjadi yang ketiga di Australia selepas Melbourne dan Sydney," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkhatan beramai-ramai di Perjiranan 8 di sini Ahad.

Khaled berkata pelajar yang menyambung pelajaran di Australia Barat akan menginap di Dewan Malaysia Perth sebelum memasuki universiti masing-masing kerana kos sewa bagi penginapan sementara di sana adalah sangat tinggi.

Dewan Malaysia Perth akan mempunyai 80 bilik penginapan. Kemudahan yang biasa ada di sesebuah Dewan Malaysia termasuk dewan, kantin atau perpustakaan. (Bernama)

No comments:

Post a Comment