Sunday 18 November 2012

ROGOL, HISHAMUDDIN TIDAK AKAN LETAK JAWATAN





Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
             
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan berhubung kes tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita Indonesia di Pulau Pinang.

"Kita dah pastikan mereka dihadapkan ke mahkamah. Itu sistem negara yang kita ada dan membawa mereka ke mahkamah dengan dakwaan yang setimpal dan kutuk sekerasnya tindakan sebegini sekiranya didapati salah. Itu pendirian yang kita boleh lakukan," katanya dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita adakah beliau akan meletakkan jawatan bagi bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

Semalam tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas dakwaan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia.

Hishammuddin juga 'mengelak' soalan berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) dengan mengatakan bahawa tiada formula yang boleh menyelesaikan semua masalah.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata, apa yang penting kini ialah memastikan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

"Tak ada satu formula yang boleh selesaikan semua masalah . Dan saya tengok yang penting sekarang kita telus dan kita pastikan mereka yang salah dibawa ke muka pengadilan dan hukuman setimpal dikenakan pada mereka.

"Sebab kes sebegini tidak monopoli kepada pihak-pihak tertentu (seperti) polis atau agensi-agensi kerajaan sahaja," katanya.

Selain itu, ketika ditanya adakah penubuhan IPCMC tidak diperlukan, beliau berkata: "Setakat ini saya nak tengok apa yang berlaku di mahkamah dan akan ikuti kes ini secara dekat dan secara peribadi.

"Saya dah jumpa IGP (Ketua Polis Negara) dan DIGP (Timbalan Ketua Polis Negara) dan saya tak benarkan PDRM (Polis Diraja Malaysia) menyembunyikan perkara ini dari orang ramai dan sekiranya ada perkara yang perlu ditimbulkan, bawalah ke mahkamah supaya orang ramai tahu," katanya lagi.

IPCMC merupakan salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

Suruhanjaya itu dipengerusikan mantan ketua hakim negara, Tun Mohamed Dzaidin yang mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.

Bagaimanapun cadangan penubuhan suruhanjaya itu mendapat bantahan antaranya daripada mantan ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa IPCMC tidak sepenuhnya adil kepada polis.

19 comments:

  1. Hissamuddin tak perlu nk letak jawatan pn.

    ReplyDelete
  2. kenapa bukan Lim Guan Eng yang letak jawatan memandangkan beliau adalah ketua menteri Pulau Pinang?

    ReplyDelete
  3. apa yang penting, pesalah tidak terlepas dari tindakan undang2..

    ReplyDelete
  4. "harapkan pagar, pagar makan padi. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

    beginilah peribahasa yang sesuai bagi 3 orang anggota polis tu. memalukan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut polis tu dipenjara dan dibuang kerja

      Delete
  5. Bertambahlah kemarahan rakyat Indon ni.pasti kedutaan Malaysia diserang lagi.

    ReplyDelete
  6. Datuk Seri Hishammuddin Hussein today warned police personnel nationwide against hiding the crimes of their fellow colleagues, pointing out that the three policemen who were accused of raping an Indonesian worker had brought disrepute to the force.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Home Minister said he does not harbour any sympathy for the trio, whose case had reignited feelings of discontent in Indonesia towards Malaysia.

      Delete
    2. “Let the courts handle this matter. I have no sympathy for those involved.

      Delete
    3. “The actions of the trio had destroyed the image of the police.

      Delete
    4. “And we do not want the police to hide cases like these... failing which, the people will not be satisfied.

      Delete
    5. “In fact, I will not be satisfied,” Hishammuddin told a press conference after launching the Barisan Nasional (BN) Youth Job fair at the Putra World Trade Centre (PWTC) this afternoon.

      Delete
    6. On calls from opposition leaders to set up the long-awaited Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) as an avenue to keep police personnel in check, the minister said there was no single formula to solve the issue of rogue policemen.

      Delete
    7. ”The police have their own procedures in punishing its own for offences committed,” he pointed out.

      Delete
    8. Three policemen were charged in a Penang court yesterday with raping an Indonesian restaurant worker in a police station there, in a case that has reignited anti-Malaysia feelings in Indonesia.

      Delete
    9. They were also charged with forcing the 25-year-old Indonesian woman to perform oral sex on them—a crime under Section 377C of the Penal Code—at Room 4 of the Prai police station barracks between 6.40am and 7.30am on November 9. 

The trio could be jailed up to 20 years and whipped if convicted.

      Delete
    10. They were also charged with forcing the 25-year-old Indonesian woman to perform oral sex on them—a crime under Section 377C of the Penal Code—at Room 4 of the Prai police station barracks between 6.40am and 7.30am on November 9. 

The trio could be jailed up to 20 years and whipped if convicted.

      Delete
    11. Last Friday, a 25-year-old Indonesian woman had sought the help of Bukit Mertajam Barisan Nasional coordinator Lau Chiek Tuan to lodge a police report alleging that she was gang-raped by three policemen at the Prai police station.

      Delete