Sunday 11 November 2012

SALLEH SARAN KERJA DI SEKTOR PERLADANGAN





KOTA BELUD : Belia tempatan disaran supaya menceburi pekerjaan dalam sektor perladangan dan pertanian yang lain kerana sektor tersebut merupakan tulang belakang ekonomi Sabah dan mempunyai masa depan yang cerah pada masa ini.

Pengerusi Yayasan Kota Belud Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata belia tempatan tidak mengambil kira kedua-dua sektor ini kerana mereka bimbang perlu bekerja keras dan keadaan hidup yang teruk, sekali gus memaksa pemilik memilih pekerja asing.

Sektor perladangan hari ini tidak sama seperti pada masa lalu setelah pemilik ladang menawarkan gaji yang lebih baik, faedah dan keadaan hidup, serta kemudahan sosial yang lain, kata beliau.

Salleh berkata demikian selepas pelancaran Ekspo Pendidikan, Kemahiran dan Kerjaya Kota Belud di sini, Sabtu.

Ekspo tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Jainab Ahmad, bagi pihak Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai. (Bernama)

No comments:

Post a Comment