Wednesday 7 November 2012

SAMSUDIN LAYAK JADI MENTERI PELANCONGAN?





Oleh : ASBOLLAH. A

JIKA benar dakwaan Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya bahawa Ketua Menteri Sabah akan menurunkan semula beliau sebagai Calon BN/UMNO di DUN Sekong pada PRU-13; tanpa mempedulikan segala skandal yang merantainya; sewajarnya beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah bagi menggantikan Datuk Masidi Manjun yang diwar-warkan akan bertanding di parlimen.

Kejayaan Samsudin memperolehi sambungan kontraknya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan sehingga 2015, menunjukkan bahawa Musa Aman tidak terpengaruh dengan segala laporan dan Skandal yang didedahkan Sabahkini.net dan laporan polis dan SPRM yang dibuat oleh AMK Parti Keadilan Rakyat.

Namun agak malang bagi rakyat Sabah yang akan menjadikan Samsudin sebagai 'Target' untuk menentang UMNO ketika Panel RCI sedang menjalankan siasatan; apatah lagi majoriti rakyat Sabah tahu bahawa Samsudin adalah PATI yang lahir di Cagayan, Filipina dan mendapat kerakyatan songsang.

Dengan pencalonan semula Samsudin mempertahankan kerusi DUN Sekong dengan alasan bahawa beliau Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi dan Pengerusi BN Parlimen Batu Sapi; maka semakin mudah Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi berkenaan setelah rakyat tahu bahawa Samsudin adalah Warga Penyu.

Memandangkan kedudukannya sebagai Warga Penyu, maka sesuailah Samsudin (jika menang) dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar bagi mempromosi Sabah sebagai 'Maskot Penyu' kerana semakin banyak penyu mendarat untuk bertelur di Sabah termasuk Pulau Sipadan, Selingan dan Berhala.

Jika Trengganu melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2013 dengan mengekalkan Penyu sebagai 'Maskot' maka kekuatan Samsudin ialah spesis 'Penyu' pertama yang menjadi Warga Penyu di Malaysia.

Walaupun sebelum ini Samsudin digelar sebagai Umang-Umang (Hermit Crab) kerana menggunakan IC Projek setelah memalsukan keterangan diri, namun Samsudin adalah Warga Penyu yang kini sudah menjadi istilah umum sebagai PATI yang mendapat kerakyatan songsang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tohmahan umum bahawa Mantan Pemandu Teksi ini dipilih sebagai Calon UMNO setelah berjasa membantu Ketuanya melakukan jenayah menyerang musuh tradisi dan jenayah berkenaan telah ditutup Ketua Polis Daerah; mungkin benar dan sah sebagai kroni dan proksi sehingga terpaksa dikekalkan untuk satu atau dua penggal lagi.

"Di Sekong, jika UMNO meletakkan Umang-Umang atau Penyu, bahkan PATI yang baru mendapat resit sementara kad pengenalan pasti menang dengan majoriti yang besar kerana majoriti adalah pengundi untuk disewa. Apa sahaja isu yang dibangkitkan hanya membuang masa kerana pengundi akan memilih poket siapa yang tebal," kata seorang pengundi tegar UMNO.

24 comments:

  1. Siapa pun yang akan menjadi menteri seharusnya diselidik akan latar belakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yakin datuk musa aman akan membuat pertimbangan semasak2nya sebelum membuat keputusan.. beliau tidak akan semudah itu membuat keputusan lebih2 lagi jika keputusan itu boleh menjejaskan kedudukan BN di Sabah..

      Delete
  2. Ini bagi memastikan sokongan daripada rakyat tidak akan terjejas disebabkan oleh mereka ini.

    ReplyDelete
  3. As long as they are competent, certainly he is a great choice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan jangan mudah mempercayai tunduhan2 dari pihak yang beriya2 mahu merampas kerajaan.. niat mereka bukan untuk mendedahkan kebenaran, sebaliknya sekadar untuk memenuhi nafsu politik mereka..

      Delete
  4. As long as he can bring the industry to a greater stages, why not?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang paling tidak suka jika pemimpin2 yang berkebolehan memajukan negeri diketengahkan.. jika negeri sabah maju, maka hilanglah potensi mereka untuk merampas kerajaan..

      Delete
  5. Namun agak malang bagi rakyat Sabah yang akan menjadikan Samsudin sebagai 'Target' untuk menentang UMNO ketika Panel RCI sedang menjalankan siasatan; apatah lagi majoriti rakyat Sabah tahu bahawa Samsudin adalah PATI yang lahir di Cagayan, Filipina dan mendapat kerakyatan songsang.

    Adakah ini benar? Ini juga kelemahan kerajaan BN memberi kerakyatan kepada PATI semata-mata untuk mengukuhkan kedudukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama sekali, perlu diingat bahawa kes itu telah dilaporkan.. jika tidak ada apa2 tindakan, bermakna tuduhan itu tidak berasas.. dari petikan ayat itu juga sudah menunjukkan pembohongan.. bila masa "majoriti" rakyat Sabah tahu bahawa samsudin adalah PATI??

      Delete
  6. Isu kerakyatan songsang harus ditanggani. Golongan yang menggunakan dokumen palsu harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI akan lakukan tugas2 itu.. sesiapa sahaja, tanpa mengira pangkat, pasti akan dihadapkan kemuka pengadilan jika didapati bersalah..

      Delete
  7. Kami menantikan perkembangan selanjutnya berkenaan siasatan RCI.

    ReplyDelete
  8. blum tau lagi samada Samsudin akan dicalonkan atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah.. pembangkang lebih dulu buat spekulasi sebelum perkara itu berlaku..

      Delete
  9. pilih yang terbaik untuk dicalonkan.

    ReplyDelete
  10. selepas pelbagai laporan dibuat berkenaan dengan skandal yang melibatkan Samsudin, apa tindakan yang sudah diambil terhadap beliau?? jika tidak ada, bermakna tuduhan2 itu tidak berasas..

    ReplyDelete
  11. untuk apa datuk musa mendengar tuduhan2 dari pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan menyebarkan pelbagai bentuk pembohongan??

    ReplyDelete
  12. ada ramai lagi penduduk Malaysia yang telkah diberikan kewarganegaraan mengikut peruntukkan2 dalam perlembagaan.. kenapa tidak pertikai2 satu2 persatu pemilik warganegara itu??

    ReplyDelete
  13. malah, wan azizah, Azmin, saifuddin dan zuraidah juga bukan penduduk tempatan memandangkan IC mereka ada menunjukkan kod 71.. kenapa tidak dihalang pemimpin2 ini dari terus merampas kerajaan?

    ReplyDelete
  14. CM reminded Umno members and leaders not to be complacent and to continue working hard to strengthen the party and to serve the people well

    ReplyDelete
  15. KM mengajak rakyat terus memelihara hubungan perpaduan sambil memperkukuhkan kekuatan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak menyalurkan pelbagai bentuk pembangunan demi kepentingan semua kaum di negeri ini.

    ReplyDelete
  16. Sabah BN and Umno chief said the ruling coalition needed undivided support to enable it to bring further progress and maintain peace and harmony.

    ReplyDelete
  17. Sabah’s six National Key Economic Areas had been identified, namely, tourism, oil and gas, oil palm, manufacturing and logistics, agriculture and education.

    ReplyDelete
  18. Ramlee and Sekong Assemblyman, Datuk Samsudin Yahya heated the sitting again by saying that Jimmy Wong did not write his own speech but let others write it for him.

    ReplyDelete