Saturday 10 November 2012

SAN KOTA KLIAS PERLU BANGUNAN BARU





SUMBANGAN.....Azizah menyampaikan sumbangan alat pembesar suara kepada Noriah bagi pihak SAN Kg Kota Klias Beaufort.

Oleh :  ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berjanji akan mempastikan bangunan baru Sekolah Agama Negeri (SAN) Kg Kota Klias akan dapat dibina bagi menggantikan bangunan sekolah yang semakin uzur.

Katanya, beliau akan mengemukan perkara tersebut kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bagi mempastikan keperluan pendidikan Agama anak-anak penduduk di kawasan tersebut dapat dipenuhi.

“Saya yakin kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membina sebuah sekolah yang baru di sini. Janji saya, saya akan pastikan bangunan SAN yang baru akan di bina di sini,” katanya pada Majlis Kecemerlangan Pelajar SAN Kg Kota Klias di sini, kelmarin.

Hadir sama, Guru Besar SAN Kg Kota Klias, Uztazah Noriah Mohd Binsin dan pemimpin masyarakat.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata rakyat negara ini amat beruntung kerana mempuanyai kerajaan yang memberi penenakanan yang serius terhadap pendidikan dunia dan akhirat

“Justeru itu kita usah bimbang kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan pendidikan rakyat di negara ini. Kerajaan memberi tumpuan kepada pendidikan secara seimbang untuk mencapai kejayaan samada di dunia dan akhirat,” katanya.

Sehubungan itu juga beliau menyeru agar ibu bapa sentiasa memberi perhatian terhadap pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

“Berilah pendidikan agama kepada anak-anak kita kerana pendidikan agama ini adalah pelengkap kepada segala kejayaan. Dengan adanya pendidikan rohaniah ini anak-anak kita akan dapat membesar sebagai insan yang mempunyai jati diri yang tingggi yang tahu dunia dan ingat akhirat. Inilah insan-insan yang kita perlukan di negara ini,” katanya.

Pada majlis itu Azizah menyerah sumbangan beliau berupa alat pembesar suara dan menyampaikan sijil kepada murid yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada murid-murid tahap satu dan dua

No comments:

Post a Comment