Friday 16 November 2012

SATU LAGI KES ROGOL WARGA INDONESIA




           
KERAJAAN Malaysia amat dukacita dengan satu lagi kes perkosa membabitkan wanita Indonesia yang dilapor berlaku di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Wanita berkenaan itu juga difahamkan telah diikat dan tidak diberi makan selama empat hari. Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji ini yang juga merupakan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan kelmarin.
   
Menurut kenyataan itu,  Kementerian Luar akan mengikuti perkembangan kes tersebut dengan Polis Diraja Malaysia serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia.
   
Mangsa dilapor bekerja sebagai pembantu rumah dan majikannya kini ditahan reman selama tujuh hari sejak 13 November lepas bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.
   
Media sebelum ini melaporkan tiga anggota polis ditahan reman selepas didakwa merogol seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai  pembantu restoran di Pulau Pinang. (Bernama)

No comments:

Post a Comment