Thursday 22 November 2012

SIBER TROOPER UMNO TIDUR MATI?





Saudara Pengarang,

RAKYAT Sabah bukanlah masyarakat yang sukakan fitnah, kontroversi dan hasutan pembangkang kerana mereka hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai sejak merdeka. Segala kekurangan boleh diterima dengan sabar kerana mereka yakin dan percaya, 'Rom tidak dibangunkan dalam masa sehari'.

Namun sejak akhir-akhir ini pemimpin Pembangkang yang hanya muncul di saat menjelang pilihanraya hanya pandai menjual air liur cuba memperdaya rakyat Sabah agar membenci kerajaan dan dalam yang sama mereka tidak dapat melakukan apa-apa; malah meninggalkan sengketa di kalangan rakyat Sabah agar memberontak.

Baru-baru ini, dalam Jejalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ke Libaran, beliau bukan sahaja telah memfitnah Perdana Menteri kononnya tidak mahu menyalurkan peruntukan membaiki jalan raya kepada Sabah kerana ada ura-ura rakyat Sabah mahu menolak BN, malah telah membangkitkan isu peruntukan yang tidak setimpal di antara keluasan Sabah dengan Selangor. 

SILA TONTON VIDEOKLIP INI

Kata Azmin, peruntukan penyelenggaraan jalan raya di Sabah pada 2013 hanyalah RM62 juta, berbanding Selangor RM400 juta sedangkan keluasan Sabah hampir 10 kali keluasan Selangor iaitu Sabah 73,613 km persegi, manakala Selangor hanya 7,956 km persegi.

Dalam hal ini, saya agak kesal kerana Siber Trooper UMNO semuanya 'tidur mati' dan tidak mampu membela BN, termasuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah; terutama menangkis segala fitnah yang dilemparkan Azmin, termasuk menuduh Ketua Menteri Sabah tidak tahu keadaan jalan raya di Sabah yang rosak teruk kerana Ketua Menteri melawat menggunakan helikopter, bukannya menggunakan jalanraya.

Sewajarnya Azmin bertindak profesional dan tidak melemparkan fitnah tanpa asas yang kukuh terutama membandingkan Selangor dan Sabah dari segi kemudahan asas sedangkan majoriti jalan persekutuan berada di Selangor dan bukannya dasar pilih kasih Kerajaan Barisan Nasional sedangkan selama ini Kerajaan Barisan Nasional telah mencurah begitu banyak peruntukan ke Sabah, namun beberapa faktor menjadi penghalang, termasuk projek 'Top-Up' yang gagal ditangani dengan sempurna oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sehingga Kerajaan BN mendapat tempias kegagalan dan kelewatan penyelenggaran dan pembangunan prasana asas.

Salam Hormat,

HASSAN AHMAD ZAKARIA
Pembayar Cukai Yang Kecewa.


1 comment:

  1. betul ka nda o ko ni... Nak buat perbandingan pun fail. banding apple to apple la... ROM dgn Malaysia? apa ko hingat zaman rom sudah ada brand jentera berat caterpillar? komatsu? hitachi? bomag?
    welding set brand apa ada zaman rom? memang rom tidak dibangun semalaman tapi zaman rom dgn zaman milineum bezanya seperti langit dan bumi.

    fikir pakai logik la... 50tahun tu sudah cukup lama hanya utk menanti jalan berturap.. jauh sekali paip air. ini satu penggal asyik kasi tangki saja.. baru tangki air yg kedai cina jual rm150, kerajaan beli rm2500. parti umno dan bn adalah parti yg dianggotai oleh parasit. parasiini adalah golongan2 yg hanya mengejar kekayaan. sudah cukup apa yg saya lihat. mata tidak berbohong.

    ReplyDelete