Sunday 4 November 2012

SOOK LEBIH MAJU DARI JERMAN?





SUATU ketika dahulu Sook sebuah daerah pengeluar balak terbesar di Sabah, namun selepas balak habis ditebang; hari ini Sook masih tiada kemajuan. Tiada balai polis, balai bomba, hospital, sekolah berasrama penuh, bank, dan sebagainya. Ada kampung yang sudah ada paip tapi tiada air bersih, sudah ada tiang letrik tapi masih ada pakai generator sendiri, jalanraya pula putus-putus. Tanah Sook luas tapi tiada kemajuan ekonomi. Pendek kata 49 tahun merdeka, Sook masih lagi mundur seperti tahun 80-an. Apa sudah jadi YB? Inikah yang YB maksudkan setaraf dengan kemajuan Jerman, malah lebih baik dari Jepun dan Korea Selatan semasa pembentangan di Dewan Undangan Negeri minggu lepas? (Joseph Lakai)

No comments:

Post a Comment