Saturday 10 November 2012

TINDAKAN KETUA MENTERI P. PINANG MEMALUKAN





GEORGE TOWN : Barisan Nasional Pulau Pinang (BN) menyifatkan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng menjual sebidang tanah di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di sini kepada dua pihak sebagai perbuatan yang memalukan.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata adalah menghairankan bagaimana Ketua Menteri itu boleh membuat tawaran menjual tanah kepada Pergerakan Pemuda BN dan pada masa yang sama bayaran penuh telah dibuat KL International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC).

“Waktu tawaran dibuat mereka (kerajaan negeri) sedar sudah terima bayaran penuh. Ini tindakan yang memalukan dan merugikan satu pihak lagi yang telah buat bayaran penuh kerana mereka yang terpaksa tanggung faedah bank,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita yang selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, kelmarin.

Katanya kerajaan negeri juga telah menerima RM224,073 iaitu satu peratus dari harga tanah daripada Pemuda BN untuk pembelian lot tanah yang sama.

Terdahulu, dalam persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini Guan Eng berkata kerajaan negeri bersedia memulangkan bayaran yang telah dibuat KLIDC.

Beliau berkata geran tanah itu tidak pernah dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan tanah berkenaan masih hak mutlak kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Pengerusi PPP negeri, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata 280 masyarakat India yang kurang berkemampuan termasuk anak yatim di negeri ini menerima sumbangan Deepavali berjumlah RM21,600. (Bernama)

No comments:

Post a Comment