Monday 19 November 2012

UNIVERSITI KITA SEPERTI SEKOLAH MENENGAH





Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
             
KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem universiti yang ada di negara kini seperti sistem pendidikan sekolah menengah kerana tidak memberi ruang untuk berbincang dan mengupas tentang sesuatu topik secara bebas.

Beliau berkata, sistem yang ada kini berbeza dengan sistem universiti sebelum ini yang 'lebih hidup' dengan membenarkan mahasiswa serta ahli akademik mengolah dan mengkritik sesuatu isu.

"Untuk meningkatkan mutu pendidikan itu sendiri soalnya (ialah) soal kemudahan dan mutu pendidikan bermula dengan asas falsafah dan kini falsafah pendidikan dilihat kian merosot. (Ia) bermula dengan universiti-universiti dikehendaki lebih kurang macam sekolah menengah sahaja.

"Saya masih ingat anda semua yang seangkatan saya dulu, lebih hidup wacana di universiti, forum dan seminar mengenai pendidikan, ekonomi, kemiskinan dan (ini) memberi ruang kepada mahasiswa dan para akademik untuk mengupas dan mengolah secara bebas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara anjuran Yayasan Selangor di Universiti Selangor (Unisel) di Shah Alam hari ini.

Selain itu, Anwar berkata lagi, berbeza dengan sistem yang akan dibuat oleh Pakatan Rakyat sekiranya dapat mengambil alih kuasa, sistem pendidikan yang akan dilaksanakan adalah demi pembangunan saksiah dan pembentukan akhlak.

"Pendidikan ini istilah yang berat. Tetapi kita jangan lupa, asas kita. Asasnya ialah al-Quran dan Sunnah. Kita juga harus peka Malaysia ini masyarakatnya pelbagai kaum. Maka usaha untuk jelaskan bahawa pendidikan itu harus punyai asas etika yang kukuh dan ia tidak lari dari sandaran agama.

"Bila kita ambil alih kuasa, hal ini kita akan tentukan tetapi untuk memahami keadaan semasa dan tuntutan pelbagai kaum dan agama, saya akan pastikan input dari semua harus ada. Ini dasar pendidikan nasional.

"Antara fokus kerajaan sekarang ialah pembelajaran komputer di sekolah. Tumpuan itu bukan pendidikan di sekolah tetapi memberi komputer. Komputer di hantar ke sekolah di Sarawak, elektrik tak ada, komputer pun dikembalikan," katanya lagi. (MKINI)

30 comments:

  1. pendidikan lagi Anwar nak politikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendidikan yang ada di Malaysia semakin maju, tidak perlu hantar keluar Negara, di sini pun sudah cukup bagus.

      Delete
  2. dulu masa di Universiti, Anwar yang suka buat kecoh.

    ReplyDelete
  3. Sebuah universiti menghebahkan dan memperakui sesuatu pengetahuan sebagai "kebenaran" atau "fakta". Ini melibatkan pengajaran disiplin akademik tahap tinggi, dan seterusnya melibatkan penyebaran maklumat dan pengetahuan. Selain itu, universiti juga membudayakan kemahiran generik yang membawa kepada pengajaran berasaskan penyelidikan

    ReplyDelete
  4. Dalam atmosfera sebuah universiti, fungsinya secara awal meliputi penyiasatan dan perenungan – tanpa batasan – terhadap apa yang dianggap sebagai "fakta" atau "kebenaran". Oleh yang demikian, amalan menyelidik dilihat bersampingan dengan fungsi-fungsi mengajar dan menyelidik. Ini yang membezakan antara "universiti" dengan institusi pendidikan yang lain. Di sini, peranan universiti sebahagiannya adalah untuk membudayakan kegiatan merenung, memikir, mengkaji dan membuat perakuan berkenaan pelbagai fenomena dalam pembelajaran dan pengajian

    ReplyDelete
  5. Kegiatan-kegiatan mengajar dan menyelidik sebenarnya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada komuniti universiti dan juga membantu masyarakat umum mencapai cita-cita dan matlamat mereka. Dalam hal ini, universiti menjadi tempat rujukan untuk percambahan idea-idea baru serta memperkembang dan menghalusi idea-idea sedia ada. Universiti jadi gedung ilmu yang digunakan oleh masyarakat.

    ReplyDelete
  6. pendidikan di Malaysia ditanggung 80% oleh Kerajaan Pusat.

    ReplyDelete
  7. Pakatan Rakyat hendak memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia kalau berjaya memerintah Malaysia? Kalau unit yang kecil seperti KUIN (Kolej Universiti Insaniah di Kedah) pun tidak mampu ditanggung, bagaimana agaknya seluruh negara hendak ditanggung?

    ReplyDelete
  8. Adakah dengan cara menaikkan cukai sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Kedah? Adakah kenaikan cukai akan menjamin pendidikan percuma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dilaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa restoran membuat untung lumayan dengan menjual air kosong apabila mengenakan sehingga RM1.50. Penang maju di bawah pemerintah DAP PR..air kosong pun RM1.50

      Delete
  9. Negara mana yang memberikan pendidikan percuma memandangkan TIDAK ADA SEBUAH NEGARA DI EROPAH seperti yang dicontohkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, yang memberikan pendidikan percuma tanpa kenaikan dan penguatkuasaan kutipan cukai yang lebih membebankan rakyat?

    ReplyDelete
  10. Isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula hangat diperkatakan kini. Polemik ini bertambah rumit dengan beberapa isu yang berkaitan seperti penyediaan pendidikan percuma, pengurusan kewangan kerajaan, sistem Ujrah yang dilakukan pihak PTPTN dan masa depan pelajar Melayu.

    ReplyDelete
  11. Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    ReplyDelete
  12. Beliau berkata, penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  13. Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

    ReplyDelete
  14. "Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS? Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya

    ReplyDelete
  15. DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) hosted ideation workshops at University Malaysia Sabah’s (UMS) Kota Kinabalu campus over the weekend and Labuan campus on Tuesday, in conjunction with the fourth edition of its DiGi Challenge for Change programme.

    ReplyDelete
    Replies
    1. These ideation workshops were for Sabahans interested in joining the Challenge, and they were encouraged to think of ideas for mobile apps that could help solve current issues that Malaysians face daily.

      Delete
    2. Over 550 participants from both UMS campuses and representatives from NGOs such as SATA (Sabah Technopreneurs’ Association) attended the workshop. Participants in UMS were also pleasantly surprised by a visit from Datuk Dr Yee Moh Chai, Deputy Chief Minister of Sabah.

      Delete
    3. “I am sure the participants have learned many useful skills and will be inspired to think of ideas that will help our local communities.”

      Delete
    4. Datuk Dr Yee Moh Chai said, “The DiGi Challenge for Change programme is a great example of how a corporate organisation can come forward to support the Government’s larger initiatives to drive the development of Malaysian-inspired digital content. I am glad that DiGi has made the effort to engage with interested Sabahans at the workshop today.”

      Delete
    5. “We certainly look forward to more strategic public-private partnerships with companies like DiGi to help drive Sabah’s ICT agenda forward and improve our state’s competitiveness.”

      Delete
    6. According to Joachim Rajaram, DiGi’s Head of Communications and Corporate Responsibility, this year’s Challenge for Change continues to be driven by the company’s ambition to enable ‘Internet For All’.

      Delete
    7. According to Joachim Rajaram, DiGi’s Head of Communications and Corporate Responsibility, this year’s Challenge for Change continues to be driven by the company’s ambition to enable ‘Internet For All’.

      Delete
    8. According to Joachim Rajaram, DiGi’s Head of Communications and Corporate Responsibility, this year’s Challenge for Change continues to be driven by the company’s ambition to enable ‘Internet For All’.

      Delete
    9. “This year the Challenge focuses on mobile internet and apps as a great way to connect and empower all Malaysians. As such, we hope Malaysians will use this opportunity to collaborate on mobile app ideas to benefit and improve lives of fellow Malaysians across the country,” he said.

      Delete
    10. “I also learnt that a great idea is all about sharing – it’s about how we bring young Malaysians together; encouraging them to be generous with their ideas and team up to deliver great change together.”

      Delete
    11. Nurfatinah Binti Haji Mohd Noor Zam, 19, also from UMS Kota Kinabalu campus, was excited to be at the workshop. She said, “I think this year’s Challenge is a great idea by DiGi. As you can see, most young people express their ideas online. The best thing is that this isn’t only about expressing our ideas but making it real too!”

      Delete
    12. “The good thing about today’s session is that the facilitators did not “reject” or “crush” any of our ideas. This encouragement gives us the confidence and courage, as young Malaysians, to explore the unfamiliar world of mobile apps.”

      Delete
    13. A participant in the ideation workshop, Kenneth Low Kien Yong, 19, from UMS Kota Kinabalu campus shared, “The DiGi Challenge for Change has enlarged my world view. It has helped me see how technology can play an integral role in changing the way society lives. The Challenge is about creating simple yet impactful mobile apps that will make life better for all of us.”

      Delete