Wednesday 21 November 2012

WARGA SEMPORNA DILAYAN SEPERTI PATI?






Saudara Pengarang,

PERTAMA sekali Habbal Min Sampulna memohon maaf pada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana memaparkan gambar ini, bukan niat untuk merosakkan nama baik; sekadar memperbaiki kesilapan.

Pembaca boleh lihat bilangan penduduk sama ada dari Semporna atau tidak, tetapi bilangannya terlalu ramai memungkinkan tindakan ini terpaksa dilakukan? Namun sebagai hak kita, amat malang jika perkara ini terjadi. Ini adalah 'Rumah Terbuka Hari Raya' sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Besar lagi 'Rumah Terbuka Malaysia', namun tiada pulak kita lihat rakyat dilayan seperti ini.

Sebenarnya gambar ini sudah cuba ditahan-tahan untuk tidak dikeluarkan, namun terasa bersalah pula kalau tidak ditegur kerana perkara ini melibatkan hak-hak kita sebagai manusia; apa lagi ia melibatkan pemimpin kesayangan Warga Semporna.

Habbal Min Sampulna merasakan semakin kita memuji dan memuja pemimpin ini, semakin ego pulak rasanya. Mungkin Datuk Seri suka kalau Habbal Min Sampulna berkempen untuk membantu pembangkang sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini?

Harapan Habbal Min Sampulna semoga di masa-masa akan datang, perkara ini tidak akan terjadi dan berulang lagi.

Dalam pada itu, Habbal Min Sampulna ingin bertanya, patutkah kita berbangga jika Ahli Parlimen Semporna memiliki kenderaan besar dan mewah untuk diwar-warkan di Facebook? Bukankah ini takbur namanya?


 


SOMBONG.....Kenderaan rasmi yang dinaiki oleh Datuk Seri Hj. Mohd Shafie Apdal setiap kali balik ke Semporna, Toyota Land Cruiser (200 Series) yang lazimnya dikenali sebagai 'Super King' di Sabah. Kenapa tidak menggunakan nombor plet sebaliknya hanya 'MENTERI' sahaja. Adakah dibenarkan JPJ dan Polis?

Salam Hormat,

HABBAL MIN SAMPULNA

No comments:

Post a Comment