Tuesday 20 November 2012

WASATIYYAH PENYULUH KEHIDUPAN





SALAM...Dato Sri Nasir (dua kanan) bersalaman dengan Anggota Tentera, Hashim (kiri) dan sebahagian masyarakat Islam sementara Datuk Harman (dua kanan) bersalam dan berbual mesra dengan salah seorang Pengerusi JKKK (kanan) yang turut memeriahkan majlis sambutan Maal Hijrah 1434H/2012M Peringkat Daerah Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun (Dr.) Sakaran, mengajak umat Islam sentiasa bersikap positif dan mengamalkan sikap bersedarhana dalam segala hal sebagai usaha menyatupadukan ummah dalam sebuah Negara yang berbilang bangsa, anutan agama serta budaya.

Katanya, selaras dengan tema sambutan Maal Hijrah 1434H/2012M 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' adalah merujuk kepada prinsip yakni nilai hidup bersifat pertengahan dan seimbang serta adil.
Nasir menjelaskan,Al-Qur’an mengungkapkan keprihatinan itu sebagai “Ummatan wasatan” merujuk kepada umat yang sedarhana,adil,tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat serta bersedarhana dalam segala aspek kehidupan.

Nasir berkata, ini menunjukkan bahawa konsep Wasatiyyah adalah nilai yang universal dan praktikal dimana ianya relevan dalam pelbagai aspek kehidupan dari kefahaman agama sehinggalah kepada hubungan individu dengan masyarakat yang mencakupi aspek pengurusan serta pentadbiran ssebuah Negara termasuk dalam hal menjalin hubungan antarabangsa.

Beliau menambah, Wasatiyyah dari segi definisi yang mudah adalah wasatiyyah yang dididik dan diteladani dari kepimpinan Rasululllah SAW dimana kerajaan hari ini menjadikannya (Wasatiyyah) sebagai panduan asas yakni prinsip pedoman kepada gagasan 1Malaysia dan merupakan satu falsafah dan formula yang terbukti berkesan mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman, makmur dan maju membangun.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan sambutan Maal Hijrah 1434H/2012M Peringkat Daerah Semporna di Dewan Masyarakat dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Sulabayan merangkap Pengerusi Perbadanan Baitul Mal Negeri Sabah, Datuk Haji Harman Mohammad; Pegawai Daerah, Abdul Muhammad Ibnu Abdul Kadir Baba; Pegawai Pelajaran Daerah, Riduan Abd.Rahman; Wakil Ketua Polis Daerah, ASP Ghazali Abd.Ghani; Pegawai Kanan Jheains, Ustaz Losman Linjal Al-Hafidz; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS), Hassan Gabrah; Ketua Bahagian PBRS, Mohammad Seh serta kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Sempena majlis itu Dato Sri Nasir menyampaikan Sijil dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H/2012M kepada A.M.Ibnu A.K.Baba; Tokoh Pendakwah kepada Haji Abdul Hamid Hj.Hussein serta anugerah masjid dan surau.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, meminta umat Islam sentiasa berwaspada dan menghindarkan diri daripada bersikap keterlaluan khususnya dalam hal ehwal agama.

Katanya, isu aqidah yang serius berkaitan kebebasan beragama dalam kalangan rakyat Malaysia yang hangat diperkatakan baru-baru ini cukup merisaukan kerana ditakuti menjadi salah satu sumber ikutan kepada perjuangan generasi muda Islam yang bertentangan dengan aqidah.

Beliau menegaskan,umat Islam hendaklah berhati-hati dan tidak mentafsirkan sesuka hati ayat-ayat Al-Qur’an berdasarkan pemahaman pribadi seperti yang disarankan pendapat ahli-ahli agama yang cendrung merumuskan bahawa dalam isu agama ini, tidak semua orang boleh sewenang-wenngnya memetik ayat-ayar Al-Qur’an dan disampaikan kepada umum serta persekitaran yang tidak sepatutnya.

Selain itu, Nasir juga mengingatkan umat Islam tidak terjebak dalam budaya memfitnah melalui halaman internet hanya kerana rasa tidak puas hati,marah dan menceritakan perihal keburukan orang lain untuk menimbulkan kebencian mendalam terhadap seseorang individu mahupun pemimpin.

“Bersempena dengan ketibaan tahun baru hijrah ini, sama-samalah kita memelihara sikap yang baik dan tidak sewenangnya memperktakan sesuatu diluar kemampuan minda dan ilmu agama kita,” kata Nasir.

Beliau yang juga Adli dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,berkata umat Islam hendaklah menjadikan kemajuan teknologi hari ini sebagai sumber meningkatkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi dan tidak dugunakan untuk memperjuangkan sesuatu yang hanya berlandaskan pandangan pribadi sehingga memusnahkan seluruh jentera serta tonggak kesatuan dan kesepaduan ranap musnah.

No comments:

Post a Comment