Monday, December 10, 2012

14 RAKYAT MALAYSIA CEDERA DI TAIWAN





KESAN.....Pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang dipercayai tercampak keluar daripada bas pelancong.


Oleh : MUTALIB M.D

SEKURANG-KURANGNYA 14 rakyat Malaysia cedera apabila bas yang dinaiki mereka mengalami kemalangan di Alishan, Chiayi, Taiwan; kesemua mereka kini sedang dirawat di Hospital Taiwan.

Wakil Kedutaan Malaysia di Taiwan mengesahkan kejadian berkenaan, namun pihaknya masih berusaha untuk mendapatkan maklumat lengkap mangsa dan cuba menghubungi waris terdekat untuk memaklumkan tragedi berkenaan.

"Setakat ini tidak ada kematian, tetapi ada yang parah," kata Wakil Kedutaan yang masih menunggu maklumat keadaan mangsa.

Menurut maklumat Kedutaan Malaysia di Taiwan, mangsa yang terlibat majoritinya berasal dari Sabah. Setakat ini 9 mangsa daripada Sabah telah dikenalpasti iaitu Thien Yun Sang ( 60), Thien Yun Ping (57), Mdm Ching Bit Ha (53),  Mdm Thien Yun The (63), Catherine Hiew Vui Fong (38 ), Wong Chi Khyun (37), Thien Jack How (39 ), Ms Thien Yu Feng (12), Ms Thien Yu Xuan dan tiga lagi rakyat Malaysia ialah Chiew Pang, Ng Chiow Kion (60) dan Lee  Geok Tian(38 ).

Berita lanjut akan menyusul

No comments:

Post a Comment