Tuesday 11 December 2012

AH JIB GOR SANDAKAN MAKIN BERSEMARAK






PENJELASAN.... Pengerusi Penganjur Konny Ho menjelaskan sesuatu kepada media mengenai program tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SATU inisiatif yang paling bijak untuk membolehkan golongan muda berintraksi dan berkomunikasi secara langsung melalui Laman Sosial atau Face Book dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Peranan Sandakan Fan Club yang ditubuhkan awal Mac tahun ini mendapat respon yang amat menggalakkan di kalangan remaja dan belia; 70 peratus daripadanya adalah golongan pelajar sekolah menengah.

Pengerusi Penganjur Program  yang bertemakan 'Ah Jip Gor' Sandakan Fan Club, Konny Ho berkata kepada media, pada pelancaran program Ah Jip Gor  yang merupakan satu-satunya program Ah Jip Gor ditubuhkan di negara ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia melalui siaran langsung melalui FB dari Kuala Lumpur pagi kelmarin di Bangunan Pantadbiran SM Yu Yuan Sandakan.




HADIR… Para belia yang menghadiri program tersebut kelihatan gembira.


Kata Konny lagi, bersesuaian dengan perkembangan dunia ICT/IT maka Ah Jip Gor tajaan Sandakan Fan Club ditubuhkan bertujuan memberikan ruang seluas-luasnya  dan suntikan semangat yang jitu kepada golongan remaja; khususnya pelajar untuk berintraksi secara langsung melalui FB sekadar memberikan pandangan bernas yang perlu diambil kira oleh Perdana Menteri.

Konny menambah, pandangan kolektif daripada pelbagai pihak harus diterima kerana merupakan penyumbang buah fikiran untuk kemajuan dan pembangunan negara dalam menjana kestabilan ekonomi; serta menjalinkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.

Setakat ini, kata Konny, Kelab ini mempunyai keahlian seramai 300 orang; 25 daripadanya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa untuk memainkan peranan ke arah merealisasikan perjuangan kelab ini.

No comments:

Post a Comment