Friday 14 December 2012

AJARAN SESAT ANCAM AQIDAH





SALAM...Dato Sri Nasir (tengah) diringi Ustaz Bungsu@Aziz Jaafar(kanan) bersalaman dengan sebahagian peserta Seminar Pemurnian Aqidah 2012 di Dewan Resital UMS.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

KOTA KINABALU: Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Haji Nasir Tun Haji Sakaran, telah merasmikan Seminar Pemurnian Aqidah 2012, 'Ancaman Dan Cabaran Terhadap Ummah' anjuran bersama Pejabat Mufti Negeri Sabah; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah di Dewan Resital UMS dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan  Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hjh Zainab Ahmad Ayed; Sahibus Samahah, Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Hj Jaafar; Adun Sindumin, Ahmad Hj Bujang; Setiausaha Tetap KPLB, Datuk Gulam Jelani dan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Mohd Nizam DSP Abu Bakar Titingan.

Antara objektif seminar itu memberikan penerangan dan maklumat serta ancaman terhadap fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah; Mendedahkan ideologi serta pemikiran pluralisme, liberalisme dan mencari kaedah yang berkesan bagi mengekang dan mernangani perkara itu.

Seminar itu merupakan seminar kedua selepas Seminar Pemurnian Aqidah; ”Penjelasan Mengenai Fahaman Syiah” yang telah diadakan di salah sebuah hotel di sini pada akhir November lepas.

Nasir  yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, berkata, demi keperluan menyebar luas ilmu dan kefahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan juga sebagai inisiatif memelihara Aqidah Ummah dari sebarang bentuk ancaman fahaman dan ideologi moden serta ajaran yang menyeleweng dari landasan Islam,maka seminar umpama itu sangat wajar diteruskan bagi memayungi dan menghalang fikrah ummah dari dicemari.

Beliau menambah, ini adalah kerana tanpa disedari berlaku penularan ideologi dan fahaman falsafah moden dan lama di samping gerakan mazhab dan ajaran sesat yang sering member ancaman kepada aqidah umat Islam yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Nasir menegaskan, perkara ini perlu diambil perhatian terutamanya dari segi penguatkuasaan dan tindakan undang-undang ke atas kumpulan yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat yang menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam agar ianya dapat dibenteras lebih awal dan tidak berkembang dan berleluasa khsusunya di negeri ini.

Nasir berkata, rakyat harus bersyukur  atas keprihatinan kerajaan menangani isu yang boleh mengancam dan merosakkan fahaman  aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

Beliau menambah,pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk seminar yang dianjurkan Pejabat Mufti, Jakim Cawangan Sabah dan UMS merupakan medium yang mampu memperkasakan lagi keutuhan dan menjernihkan kefahaman ummah.

“Kesungguhan dari pelbagai pihak samada badan kerajaan mahupun NGO adalah bertanggungjawab dalam menyumbang kepada keberkesanan usaha yang dilaksanakan,” kata Nasir.

Namun begitu, ujarnya lagi pihak berkuasa agama yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam,perlu terus mengambil perhatian serius di dalam menangani ancaman aqidah ini secara berhemah sebelum ianya menjadi barah yakni virus merbahaya yang sukar dibenteras.

No comments:

Post a Comment