Thursday 13 December 2012

ANGGOTA GERAKAN GUNA KHIDMAT SALUN




           
Oleh : LEE WAY LOON
             
SEKUMPULAN anggota parti Gerakan dari Negeri Sembilan mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di bandar Kota Bharu dalam usaha untuk mencabar undang-undang yang dikuatkuasakan di bandar tersebut.

Enam anggota parti itu, diketuai Penolong Setiausaha Gerakan Negeri Sembilan berkenaan bertolak dari Negeri Sembilan pada 10.30 pagi Isnin lalu dan tiba di Kota Bharu 12 jam kemudian.

Kumpulan berkenaan kemudiannya berkunjung ke satu salun rambut di bandar berkenaan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan empat pendandan rambut wanita Cina.

Ketika dihubungi selepas itu, Choong berkata semua pendandan rambut berkenaan adalah wanita manakala kumpulannya terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita.

Choong berkata beliau mendapatkan khidmat gunting rambut manakala lima lagi mendapatkan khidmat mencuci rambut.

Kataya, pihak berkuasa tempatan Kota Bharu bagaimanapun tidak tampil ke tempat berkenaan, walaupun tindakan mereka menyebabkan seramai kira-kira 20 orang berhimpun di luar salun tersebut.

Kecewa dengan ketidakhadiran penguatkuasa berkenaan, Choong berkata beliau akan menganjurkan pasukan lebih besar ke Kota Bharu selepas ini. (MKINI)

No comments:

Post a Comment