Saturday 8 December 2012

BAKTI HARGAI JASA KAKITANGAN HDOK






CENDERAHATI ..…Pengarah HDOK Sandakan  menyampaikan cenderahati kenangan kepada Datin Dr Lindai Lee sebagai menghargai lawatannya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : SAFFIE S JUMADI

MASYARAKAT yang sihat  merupakan aset dan penyumbang kepada pembangunan negara dinamik lagi produktif. Lantaran itu aspek penambahbaikan tahap kesihatan rakyat antara tumpuan khusus yang diberikan oleh kerajaan; malah akses, liputan serta kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan.

Antara inisiatif utama kerajaan dalam hal ini adalah pembinaan hospital-hospital, klinik-klinil kesihatan dan termasuk juga klinik 1Malaysia.

Datin Dr Lindai Lee, Isteri kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, yang  juga  Ahli Jawatankuasa BAKTI Sabah berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya di majlis Kunjungan Kehormat beliau dan rombongannya ke Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK), kelmarin.

Dr. Lindai berkata, sebagai kakitangan hospital ini menjadi 'Tulang Belakang' ke arah  memberikan suntikan semangat kesedaran kepada rakyat akan pentingnya aspek penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup  yang sihat.

“Mudah-mudahan apa yang dilakukan oleh para pegawai, mahupun kakitangan Hospital ini dapat dijadikan iktibar oleh warga Sandakan dalam usaha memupuk kesedaran orang ramai terhadap kepentingan penjagaan kesihatan,” ujar  Dr. Lindai Lee lagi.

Tambah Lindai Lee lagi, sesi kunjungan ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran berhubung permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan hospital ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat setempat.

“Dalam konteks ini, saya berharap kepada semua kakitangan hospital ini dapat berkongsi bersama apa juga masalah yang timbul dan seterusnya mencari jalan penyelesaian terbak bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti hospital ini," terangnnya lagi.





SUMBANGAN…Dr Lindai Lee memberikan buah tangan kepada salah seorang ibu yang baru bersalin di wad berkenaan.

Di samping itu, tambah Dr. Lindai Lee, sesi kunjungan ini juga merupakan satu inisiatif BAKTI terhadap warga Sandakan, terutama para pesakit di hospital ini bahawa kerajaan memandang serius aspek kesihatan rakyat sejagat.

Dalam pada itu,  Dr. Lindai Lee bagi pihak BAKTI mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih atas kesudian dan penghargaan yang diberikan oleh pihak hospital atas kunjungan ini; semoga usaha-usaha kunjungan sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dengan memberikan fokus terhadap kesedaran kesihatan di kalangan rakyat Sandakan.

Ketibaan  Dr. Lindai Lee dan rombangan telah disambut oleh Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan, Dr Supathirathevy Rasiah dan pegawai-pegawai kanan hospital tersebut.

No comments:

Post a Comment