Wednesday 12 December 2012

'BLACK MONDAY' DI PEJABAT JHEAINS SEMPORNA?






Saudara Pengarang,

HABBAL Min Sampulna mendapat rungutan daripada orang ramai di Semporna berkenaan sikap beberapa kakitangan Jabatan Kerajaan yang menganut Sindrom 'Black Monday' menyebabkan mereka tidak menepati masa dan waktu bekerja.

Habbal Min Sampulna sendiri bergerak ke Pejabat tertentu bagi mengenal pasti rungutan orang ramai. Ternyata rungutan itu betul belaka. Apa tidaknya sehingga jam 9 pagi kelmarin, kaunter Pejabat Agama Islam (JHEAINS) Semporna tidak berpenghuni (gambar).

Bagaimana warga Semporna mahu berurusan jika kaunter kosong? Apakah kita perlu menunggu sehingga mereka datang? Bikankah waktu pejabat bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang?

Habbal Min Sampulna tidak bermaksud mencari salah; cuma menyampaikan ketidak puasan hati penduduk berkenaan sistem perkhidmatan dan penyampaian kerajaan di Semporna.

Mungkinkah kakitangan Pejabat Agama ini sibuk berdakwah di pulau-pulau; tetapi agak mustahil kerana tidak mengarahkan walau seorang pun kakitangan melayan penduduk yang ingin berurusan di kaunter.

Mungkin bagi penduduk yang berdekatan dengan Pekan tiada menghadapi masalah; namun bagi mereka yang berulang alik dari pulau yang agak jauh dari Semporna; terpaksa menyewa hotel hanya untuk mengurus surat nikah atau pelbagai lagi urusan lain yang penting jika kaunter kosong.

Semoga dengan pendedahan ini, diharap pejabat berkenaan dapat mengemaskini sistem kaunter dan kakitangannya mengutamakan tugas daripada makan gaji buta.

Salam Hormat,

HABBAL MIN SAMPULNA

No comments:

Post a Comment