Monday 17 December 2012

DAP LANTIK DUA MELAYU ANGGOTAI CEC





Oleh : OPALYN MOK, IDA LIM DAN MD IZWAN

GEORGE TOWN : Dua pemimpin Melayu dilantik secara terus sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) walaupun tiada seorang daripada enam calon berjaya menang.

Senator Dr Ariffin SM Omar dan pendatang baru Zairil Khir Johari (gambar) antara 10 orang yang dilantik secara terus ke dalam jawatankuasa tertinggi itu.

Semasa mengumumkan barisan CEC yang baru tersebut, yang kebanyakkan hampir sama seperti terdahulu, setiausaha agung Lim Guan Eng berkata kesemua 20 ahli sepakat dalam perlantikkan kepimpinan jawatankuasa pagi tadi.

Lima ahli lain yang dilantik terus ke dalam CEC adalah Dr Tan Seng Giaw, Dr P Ramasamy, Jimmy Wong Sze Phin, Dr John Brian Anthony, Dr Edwin Bosi, Leong Nga Nga, V.Sivakumar dan Thomas Su Keong Siong.

Dan bagi jawatan tertinggi, Karpal Singh masih kekal sebagai pengerusi kebangsaan manakala naib pengerusi sebelum ini Tan Kok Wai telah dinaikkan ke jawatan timbalan pengerusi.

Teresa Kok, yang sebelum ini adalah setiausaha organisasi kebangsaan juga mendapat kenaikkan apabila dilantik menjadi naib pengerusi.

Barisan baru tersebut juga melibatkan beberapa muka baru dan pertambahan daripada Timur Malaysia, mengukuhkan pendirian parti untuk memastikan ia meliputi semua rakyat Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak.

Delegasi Sarawak, Dr John Bryan Anthony dan setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi antara dua muka baru dalam jawatankuasa daripada Timur Malaysia, turut menyertai mereka ialah setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang memperoleh undian tertinggi keempat (1,211) semalam.

Pertambahan dua delegasi tersebut menyaksikan bilangan anggota CEC daripada Timur Malaysia meningkat kepada tiga.

Lim juga mengumumkan penubuhan gabungan Biro Pakatan Rakyat (PR) di bawah CEC untuk mengendalikan semua hal ehwal PR dan memastikan kerjasama yang lancar antara gabungan ketiga-tiga parti.

Naib pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim akan mengetuai biro tersebut manakala ahli bukan CEC, A. Sivanesan telah dilantik untuk mengetuai Biro Buruh.(TMI)

No comments:

Post a Comment