Monday 17 December 2012

DR ZAMREE BAKAL GALI KUBUR SENDIRI?





Oleh: SHERBANU DEWI ABD.GHANI

SEMPORNA: Ketua cawangan Umno Kalumpang, Abdullah Azis @ Lotong (gambar) menyatakan bagi pihak seluruh ahli cawangan beliau akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.

Beliau yang juga merupakan Ketua Kampung bagi Kg.Kalumpang itu menegaskan pihak yang cuba menjatuhkan Shafie Apdal agar berhenti melakukannya kerana perbuatan tersebut hanyalah sia-sia.

Katanya, tohmahan yang banyak dan bertubi-tubi ke atas Shafie hanyalah serangan dan taktik kotor pihak tertentu yang pastinya mempunyai agenda tersendiri.

“Kami akan tetap setia menyokong kepimpinan Datuk Shafie Apdal dan akan terus berjuang serta berdiri teguh dibelakang beliau dalam apa juga keadaan sekalipun,” tambah Abdullah.

Jelasnya, tiada pemimpin sempurna dan semua kekurangan bagi kawasan itu pastinya akan diperbaiki.

“Di kawasan kampung kami telah menerima pembangunan yang ketara sejak Barisan Nasional (BN) memerintah hingga kini, dan beliau (Shafie) juga telah memberikan pelbagai kemudahan kepada kami, termasuk Adun Senallang, Dato’Nasir Tun Sakaran yang kerap turun padang dan mendengar serta membantu menyelesaikan masalah kami,” katanya.

Ditanya mengenai seorang doktor pakar bedah yang  dikhabarkan akan menjadi calon Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding di Parlimen Semporna, beliau menegaskan usaha tersebut ibarat si ‘penggali kubur yang menggali kuburnya sendiri’.

“Janganlah mereka berangan-angan kerana semua itu tidak akan menjadi realiti kerana Semporna adalah kubu kuat BN dulu, kini dan selamanya,” katanya.

1 comment:

  1. Abdullah selamat ya....terus lah maju menuju kejayaan..doa ku selalu menyertaimu.saya hassan dari jawa yang dulu pernah tinggal di rumah mu bersama pak.azis lotong tahun 1995 ...Hp.082330239339.

    ReplyDelete