Saturday 15 December 2012

HAK PERLINDUNGAN KANAK-KANAK






Saudara Pengarang,

MOHON perhatian pihak berkuasa berhubung kes yang diadu oleh tiga orang kanak-kanak yang tinggal di Taman Sri Balung, Tawau yang diperlakukan secara tidak senonoh oleh Guru Mengaji Al Quran mereka di Masjid Taman Sri Balung.

Kes tersebut telah dilapor di IPD Tawau,  tetapi kemudiannya setelah dipengaruhi oleh pegawai polis, maka pengadu menarik balik aduan kes tersebut.

Dalam hal ini, kami mendapat tahu bahawa ibu bapa mangsa tidak berpuas hati kenapa pegawai polis mengarahkan kes berkenaan ditarik balik sedangkan tertuduh tidak langsung disiasat dan yakin aduan anak mereka benar. Cukuplah Sabah kehilangan Adik Norikoh Saliwa dan jangan terjadi apa-apa kepada anak jiran kami yang tidak berdosa.

Salam Hormat,

JIRAN SIMPATI

No comments:

Post a Comment