Sabahkinitv Production

Loading...

Tuesday, December 11, 2012

JANJI KKLW TELAH DITEPATI





SIAP.....Gambar dua Jambatan di Kampung Forest yang telah dibaik pulih menerusi peruntukkan KKLW.


Oleh: SHAIMON S JUMADI

TIMBALAN Ketua  Cawangan UMNO Rancangan Rumah Murah Sim-Sim Sandakan, Zamri Hj Othman dan bagi pihak 47 Ketua Cawangan UMNO Zon Elopura, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal kerana meluluskan  semua projek membaik pulih Jambatan Kayu yang dipohon.

Katanya, sebanyak 47 buah projek membaik pulih jambatan yang diluluskan adalah untuk kawasan Parlimen Sandakan yang diageh-ageh kepada enam (6) buah kampung iaitu Kampung Forest, Kampung Batu 2, Kampung Muhibbah, Kampung Mangkalinau, Kampung Cahaya Baru dan Kampung Sentosa Jaya.

Zamri berkata, atas kesudian kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan melalui KKLW ini telah memberiiimpak yang amat berharga kepada penduduk 6 buah kampung  berkenaan kerana dapat menikmati kemudahan asas yang lebih selesa.

“Saya percaya tindakan KKLW meluluskan pelbagai projek selain jambatan kayu ini turut dikecapi oleh segenap masyarakat di daerah dan kampung lain di seluruh Sabah secara tidak langsung dapat menyuntik semangat rakyat untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan UMNO/BN di ambang PRU 13 kelak."

Tambah Zamri lagi,  projek yang dipohon itu hampir keseluruhannya dimonopoli dan dilaksanakan oleh pihak tertentu, namun dengan sikap berlapang dada, kami  amat bersyukur kerana masalah utama iaitu prasarana jambatan kayu  di perkampungan bumiputera di Parlimen Sandakan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Senario ini amat jelas, kata Zamri, bahawa kerajaan BN  telah menunaikan janji-janjinya kepada rakyat ini sejajar dengan slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dan Janji Ditepati.

Zamri turut menyelar tindakan liar parti pembangkang khususnya DAP, PKR, STAR yang masuk kampung keluar kampung telah menabur pelbagai janji  manis sekiranya mereka diberikan mandat merampas tampuk pemerintahan; termasuk janji untuk mewartakan semua perkampungan setinggan sebagai Kampung Tradisi.

No comments:

Post a Comment