Wednesday, December 12, 2012

JKM KULIM CARI WARIS MANGSA DERA






KULIM : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim ingin mencari waris kepada dua beradik berusia 6 dan 8 tahun yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Pulau Pinang.

Kanak-kanak itu, Ahmad Nizam Abdul Basit, 8, yang mempunyai sijil kelahiran bernombor BK43506 dan adiknya Carissa Puteri, 6, yang tidak mempunyai sijil kelahiran ditempatkan di rumah pelindungan itu setelah disyaki mangsa dera.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Daerah Kulim, Munirah Athirah Abdul Aziz berkata kedua-dua kanak-kanak itu ditinggalkan ibu mereka bersama seorang lelaki dipercayai penagih dadah dan ditemui petugas JKM di sebuah rumah di Lorong Selasih 6, Taman Selasih, di sini November lepas.

Sehubungan itu, JKM ingin menghubungi bapa kanak-kanak itu dikenali sebagai Abdul Basit Abdul Latiff, 34, nombor kad pengenalan 780114-12-5857 berasal dari Tawau, Sabah dan kini dipercayai berada di Klang, Selangor.

"Kami juga mencari ibu kanak-kanak itu iaitu Armina Shabani, nombor kad pengenalan 800215-12-5982 juga berasal dari Tawau dan tidak diketahui di mana berada sekarang ini," katanya kepada Bernama, di sini kelmarin. (Bernama)

No comments:

Post a Comment