Tuesday 4 December 2012

JPAM SELAMAT ANAK KERBAU TERMASUK LUBANG






TARIK.....Anggota JPAM menarik anak kerbau yang terperangkap di dalam lubang berhampiran Taman Khidmat.

PENAMPANG: Tanda-tanya mengenai bunyi tangisan pelik di Taman Khidmat sejak beberapa hari lalu menemui jawapan selepas penduduk perumahan itu mendapati terdapat seekor anak kerbau terperangkap di dalam sebuah lubang di padang sejak Sabtu.

Anak kerbau itu ditemui terperangkap di sebuah lubang oleh seorang pembantu rumah di belakang rumah tuannya kira-kira jam 6.30 petang.

“Untuk beberapa hari lalu, saya telah mendengar bunyi yang pelik tetapi saya tidak ambil peduli akan bunyi berkenaan.

“Akan tetapi, bunyi tangisan itu bertambah kuat dan saya mengambil keputusan untuk mencari dari mana bunyi itu datang. Saya terkejut apabila mendapati seekor anak kerbau terperangkap di dalam lubang,” kata pembantu rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Christina, berusia 40-an.

Beliau kemudiannya memberitahu Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan sekumpulan anggota jabatan itu tiba di tempat berkenaan beberapa minit kemudian.

Christina berkata, ia mengambil masa selama 30 minit untuk anggota JPAM menyelamatkan anak kerbau yang kemudiannya dilepaskan.

Beliau berkata, tiada tanda-tanda anak kerbau itu mengalami kecederaan kerana ia terus berlari selepas dilepaskan.

Jelasnya, ia adalah kejadian kedua anak kerbau terperangkap dalam lubang di kawasan itu.

Beliau berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera dengan menutup lubang di kawasan itu kerana ia mengundang bahaya kepada haiwan dan juga orang ramai, terutama kanak-kanak yang bermain di kawasan padang. (UB)

No comments:

Post a Comment