Saturday 15 December 2012

JUDI SIBER, SET KOMPUTER RM250,000 DIRAMPAS






RAMPAS......Jauteh menunjukkan antara mesin judi yang dirampas di sini kelmarin.

 By : RUZAINI ZULKIFLI

KOTA KINABALU: Polis berjaya merampas 67 set komputer berunsur perjudian dan 11 mesin slot yang dianggarkan bernilai RM250,000 dalam empat serbuan ke atas kasino haram di sekitar ibu negeri baru-baru ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata serbuan yang dilakukan bersempena Ops Dadu pada 4 November itu membabitkan empat premis judi siber di kawasan Telipok, Kepayan, Tanjung Aru dan Jalan Gaya di sini.

“Polis turut menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 35 tahun yang difahamkan penjaga kepada premis-premis terbabit.

“Kita turut berjaya merampas wang tunai berjumlah RM1,700 dalam serbuan berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di sini kelmarin.

Menurut beliau, kesemua ditangkap dan rampasan kini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. (UB)

No comments:

Post a Comment